Utusan Borneo (Sarawak)

NAHAS DI SIMPANG RANGAU

Dua remaja maut di Hospital Limbang selepas terbabit dalam pelanggara­n dua motosikal.

- Oleh Mastura Ismail

LIMBANG: Dua remaja terbunuh dalam kemalangan jalan raya di simpang Rangau menuju ke Lapangan Terbang Limbang, malam kelmarin.

Dalam kejadian sekitar jam 9.30 malam itu, Muhammad Azlan Abdul Hamid, 18, yang menunggang motosikal dari arah bandar menuju ke Lapangan Terbang Limbang berlanggar dengan sebuah motosikal lain yang keluar dari simpang Rangau dan ditunggang Harreild Hellvian Hary, 16.

Ketua Polis Daerah Limbang Superinten­den Mohd Bukhori Saffai berkata, akibat pelanggara­n itu, Azlan mengalami kecederaan parah pada bahagian kepala dan disahkan meninggal dunia di Wad Kecemasan Hospital Limbang pada jam 11.30 malam.

“Manakala, Harreild yang beralamat di Kampung Tanjong juga cedera parah dan meninggal dunia jam 3.45 pagi tadi (semalam) di Hospital Limbang,” ujarnya.

Susulan kejadian itu, kakak Azlan berkongsi kesedihan keluarga mereka di atas pemergian adik bongsunya itu dalam status Facebookny­a.

Jelasnya, Azlan pernah menyuaraka­n permintaan ingin memakai sepasang baju Melayu berwarna hitam pada Hari Raya Aidilfitri kelak.

“Rupa-rupanya, ia menjadi petanda adik (Azlan) pergi buat selama-lamanya.

“Lebih menyedihka­n, pada bulan Ramadan ini kami sekeluarga akan menyambut hari jadi ibu esok (hari ini),” menurut si kakak pada status Facebook yang dikongsiny­a.

Menurut Mohd Bukhori, kes akan disiasat di bawah Seksyen 41 (1) Akta Pengangkut­an Jalan (APJ) 1987.

 ??  ?? REMUK: Keadaan motosikal keduadua mangsa yang terlibat dalam nahas jalan raya malam kelmarin. AZLAN HARREILD
REMUK: Keadaan motosikal keduadua mangsa yang terlibat dalam nahas jalan raya malam kelmarin. AZLAN HARREILD

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia