Utusan Borneo (Sarawak)

Peguam Sarawak sedia berjuang

Mahu bersama KM, berjuang untuk Kerajaan Sarawak dalam pertempura­n undang-undang terhadap Petronas, 12 Jun nanti

-

KUCHING: Peguam-peguam Sarawak mahu berdiri bersama Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg dan berjuang untuk Kerajaan Sarawak dalam pertempura­n undangunda­ng terhadap Petronas pada 12 Jun nanti.

Menteri Muda UndangUnda­ng, Hubungan Negeri dan Persekutua­n dan Pemantauan Projek Sharifah Hasidah Sayeed Aman Ghazali berkata ramai peguam telah menawarkan diri untuk membantu kerajaan negeri dan mesyuarat khas telah diatur.

“Pada Khamis ini, ketua menteri akan mengadakan pertemuan dengan peguampegu­am Sarawak untuk memberi penjelasan kepada mereka apa yang berlaku kerana banyak peguam menyatakan minat mereka untuk membantu kami,” katanya ketika dihubungi selepas mempengeru­sikan mesyuarat dengan Pejabat Peguam Besar Sarawak, semalam.

Hasidah berkata pasukan perundanga­n Sarawak sangat bersedia dan akan berusaha mempertaha­nkan apa yang secara perlembaga­an dimiliki oleh rakyat Sarawak.

“Kami buat yang terbaik, kami membincang­kan mengenai kes itu dan kami menunggu untuk pendengara­n ke atas permohonan Pet- ronas pada 12 Jun ini, jika mahkamah menerimany­a, kami teruskan.

“Malah jika permohonan Petronas ditolak sekalipun, kami juga ingin membawa ke mahkamah, kami mahu membawanya sehingga selesai... tidak alang-alang,” katanya.

Sementara itu, Petronas dalam kenyataan pada Isnin lepas memberitah­u, mereka telah memfailkan permohonan di Mahkamah Persekutua­n untuk mendapatka­n pengisytih­araan bahawa Akta Pembanguna­n Petroleum (PDA) 1974 sebagai undang-undang terpakai bagi industri petroleum di negara ini termasuk Sarawak.

Syarikat minyak dan gas nasional itu berkata ia adalah pemilik eksklusif petroleum serta pengawal selia industri huluan di seluruh Malaysia termasuk di Sarawak.

“Sehubungan itu mereka adalah pemilik eksklusif sumber petroleum dan mengawal selia industri huluan.

“Petronas percaya keputusan dibuat Mahkamah Persekutua­n itu nanti akan membantu memberikan kejelasan mengenai hak dan kedudukann­ya mengikut PDA,” katanya.

Petronas turut menyatakan akan kekal komited menyokong aspirasi Sarawak menyertai industri minyak dan gas di negeri itu selagi berada dalam rangka kerja PDA.

Pada Khamis ini, ketua menteri akan mengadakan pertemuan dengan peguam-peguam Sarawak untuk memberi penjelasan kepada mereka apa yang berlaku kerana banyak peguam menyatakan minat mereka untuk membantu kami.

Sharifah Hasidah Sayeed Aman Ghazali Menteri Muda Undang-Undang, Hubungan Negeri dan Persekutua­n dan Pemantauan Projek

 ??  ??
 ??  ?? HASIDAH
HASIDAH

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia