Utusan Borneo (Sarawak)

BEKALAN RAYA MENCUKUPI

KPDNKK sudah menjalanka­n pemeriksaa­n, pastikan bekalan keperluan Aidilfitri di Sarawak mencukupi.

- Oleh Nick Fletcher

KUCHING: Orang ramai harus membuat aduan mengenai isu Cukai Barangan dan Perkhidmat­an (GST) kepada Kementeria­n Perdaganga­n Dalam Negeri, Koperasi dan Kepengguna­an (KPDNKK), bukannya secara tular di media sosial.

Pengarah KPDNKK Sarawak Datuk Stanley Tan berkata pihaknya mendapati ada antara aduan yang dibuat secara tular adalah palsu, yang bermotif untuk memburukka­n peniaga.

“Apabila kami menyemak nombor siri barangan daripada resit yang ditularkan, ia tidak sama dengan barangan tersebut. Ini menunjukka­n resit itu palsu.

“Kami memang mengambil perhatian terhadap kes-kes tular dan kalau betul, okey lah tetapi kalau tidak (palsu), ini membuang masa kami sebagai penguat kuasa yang perlu turun memantau dan memeriksa premis,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas mengadakan Operasi Catut 4.0 bagi memantau dan memeriksa perubahan GST daripada 6 peratus kepada 0 peratus di Everrise Vivacity Megamall di sini, semalam.

Turut hadir Timbalan Pengarah KPDNKK Sarawak Md Nawawi Abdul Rahman, Penolong Pengarah Kastam (Bahagian Penguatkua­saan GST) Spree Awang Morshidi dan Pengurus Cawangan Everrise Vivacity Megamall Jessie Hee.

Sehubungan itu, Stanley menyeru orang ramai supaya membuat aduan secara rasmi kepada KPDNKK melalui talian 03-8000 800 (1Malaysia One Call Centre), talian bebas tol 1- 800- 886- 800, e- mel e- aduan@ kpdnkk. gov.my, sms ke 15888 dengan menaip ‘ KPDNKK ADUAN< butiran aduan> atau menghubung­i bilik gerakan KPDNKK Kuching di talian 082-466 052 dari jam 8 pagi hingga 10 malam.

Beliau menambah, pihaknya amat memerlukan kerjasama daripada orang ramai untuk menjadi mata dan telinga dengan melaporkan kepada KPDNKK berhubung manamana peniaga yang masih tidak menurunkan harga barang kerana KPDNKK tidak mempunyai anggota penguat kuasa yang mencukupi untuk menjalanka­n pemantauan dan pemeriksaa­n di semua premis di negeri ini.

Katanya, KPDNKK Sarawak hanya mempunyai seramai 200 anggota penguat kuasa dan kekangan daripada jumlah anggota yang tidak mencukupi ini menyukarka­n pihaknya memeriksa dan memantau 100 peratus premis di seluruh negeri.

“Oleh itu, kami sangat memerlukan bantuan orang ramai untuk memaklumka­n kepada kami sekiranya mendapati terdapat peniaga masih tidak menurunkan harga barang atau menggunaka­n GST pada resit pembelian, supaya pematuhan sifar GST dapat dilaksanak­an dengan berkesan,” katanya.

Beliau menjelaska­n antara premis yang perlu dipantau adalah pasar raya, kedai alatan telekomuni­kasi, kedai pakaian, restoran, kedai runcit, kedai makanan dan minuman, kedai alatan dan perkakasan rumah, kedai alat ganti kereta, kedai perabot, kedai elektrik, kedai perubatan tradisiona­l dan bengkel kereta.

Katanya, mana-mana peniaga yang didapati melakukan kesalahan tersebut akan diambil tindakan di bawah Akta Kawalan Harga dan Antipencat­utan 2011 dengan denda bagi syarikat adalah RM250,000, manakala individu RM100,000 termasuk penjara.

Apabila kami menyemak nombor siri barangan daripada resit yang ditularkan, ia tidak sama dengan barangan tersebut. Ini menunjukka­n resit itu palsu.

Datuk Stanley Tan Pengarah KPDNKK Sarawak

 ??  ??
 ??  ?? PERIKSA: Stanley bersama Jessie memeriksa resit barangan di Everrise Vivacity Megamall bagi memastikan ia mematuhi perubahan GST daripada 6 peratus kepada 0 peratus.
PERIKSA: Stanley bersama Jessie memeriksa resit barangan di Everrise Vivacity Megamall bagi memastikan ia mematuhi perubahan GST daripada 6 peratus kepada 0 peratus.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia