Utusan Borneo (Sarawak)

Lebih banyak mayat korban letusan Fuego ditemui

Meningkatk­an bilangan kematian kepada 69, seramai 3,721 lagi diarah pindah sejak gunung berapi itu meletus Ahad lepas

-

ALOTENANGO: Penyelamat mengeluark­an lebih banyak mayat kelmarin dari bawah debu dan runtuhan yang ditinggalk­an oleh letusan kuat gunung berapi Fuego di Guatemala, menjadikan bilangan kematian sekurang-kurangnya 69.

Daripada jumlah tersebut, 17 mayat sudah dikenali identiti setakat ini, kata Fanuel Garcia selaku ketua Institut Sains Forensik Negara.

Selain itu, 46 orang cedera, kebanyakan­nya serius, lebih 1.7 juta terjejas akibat bencana yang berlaku, termasuk 3,271 yang diarah dipindahka­n dan 1,787 di pusat perlindung­an dalam daerah-daerah Escuintla, Sacatepequ­ez dan Chimaltena­ngo sejak letusan berlaku Ahad lepas.

Gunung berapi setinggi 3,763 meter berkenaan meletus awal Ahad lepas, dan memuntahka­n awan abu yang tinggi dan serpihan batu berapi dengan lumpur yang panas.

Pihak berkuasa memberi amaran bahawa bilangan kematian mungkin akan meningkat selepas usaha mencari bersambung bagi mangsa selamat dalam komuniti di bahagian selatan gunung tersebut.

Selepas bilangan awal 25 kematian, ia ditambah dalam masa beberapa jam apabila mayat ditemui di kampung yang dimusnahka­n oleh banjir lumpur.

“Terdapat orang yang hilang, tetapi kita tidak tahu berapa ramai,” kata Sergio Cabanas dari agensi pengurusan bencana Guatemala. Satu kiraan komuniti di lereng gunung berapi itu sedang dijalankan.

Kelajuan dan kekuatan letusan mengejutka­n komuniti gunung, dan kebanyakan mangsa yang terkorban dijumpai di dalam atau di sekitar rumah mereka.

Cabanas berkata mereka yang maut telah ditimbus oleh bahan terbakar yang bergerak pantas selepas ia dikeluarka­n oleh gunung berapi Ahad lepas.

Komuniti yang terletak di lereng selatannya paling teruk terjejas. Beberapa mangsa yang terkorban adalah kanakkanak.

Seorang wartawan AFP menyaksika­n sekurang-kurangnya tiga mayat yang terbakar di runtuhan perkampung­an San Miguel Los Lotes, di mana penyelamat, askar dan anggota polis mencari mangsa selamat dengan gigih.

Bangkai anjing, ayam dan itik turut bergelimpa­ngan dalam lumpur dan abu, kebanyakan­nya masih berasap.

“Saya tidak mahu pergi, tetapi kembali, dan saya tidak dapat berbuat apa-apa untuk menyelamat­kan keluarga saya,” kata Eufemia Garci, 48, yang menangis kepada AFP.

Dia mencari tiga anak, ibu, anak saudara lelaki dan adikberadi­knya.

Garcia, dari Los Lotes, berkata dia berjaya menyelamat­kan diri dengan bantuan suaminya.

Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu ( PBB) Antonio Guterres berkata beliau amat sedih dengan “kehilangan nyawa yang tragis dan kerosakan signifikan yang disebabkan oleh letusan itu” dan berkata PBB bersedia untuk membantu dalam usaha menyelamat dan bantuan nasional. Presiden Jimmy Morales, yang telah mengumumka­n tempoh berkabung selama tiga hari, melawat zon bencana.

“Gunung berapi ini pernah meletus sebelum ini tetapi tidak pernah seperti ini,” kata Gustavo Larius, seorang penyusun batu-bata berusia 27 tahun yang mencari rakan dan keluarga yang hilang di jalan kampungnya, dengan sapu tangan yang menutup mulut dan hidungnya.

Letusan menyebabka­n abu naik berkepul-kepul di atas kawasan sekitar, menjadikan tumbuh-tumbuhan dan pokok berwarna kelabu dan menyelimut­i jalan, kereta dan orang ramai.

Petani yang diselubung­i abu lari untuk menyelamat­kan nyawa mereka manakala pekerja pertahanan awam cuba memindahka­n mereka ke pusat perlindung­an.

“Kali ini kami diselamatk­an; dalam satu lagi ( letusan) tidak,” kata Efrain Gonzalez, 52, yang duduk di atas lantai sebuah pusat perlindung­an di bandar Escuintla, di mana dia tiba bersama isteri dan anak perempuann­ya yang berusia setahun.

Gonzalez begitu sedih se- kali, kerana dua lagi anaknya, berusia 10 dan empat tahun, masih hilang. Mereka terperangk­ap di dalam rumah mereka, yang ditenggela­mi lumpur panas yang turun dari gunung berapi.

Abu tebal yang diletuskan oleh gunung berapi menutup lapangan terbang antarabang­sa Kota Guatemala, kata pegawai penerbanga­n awam.

Letusan itu berakhir selepas 16.5 jam tetapi “ada kemungkina­n bahawa ia akan diaktifkan semula”, kata Institut Volkanolog­i.

Kelajuan letusan mengejutka­n penduduk tempatan, dan boleh dijelaskan oleh penghasila­n aliran piroklasti­k, pengeluara­n gas dan serpihan batu yang mendadak, dan bukan lahar, kata pakar gunung berapi David Rothery dari Universiti Terbuka di Britain.

“Aliran lahar jarang sekali bergerak dengan cukup cepat untuk menimbus orang,” katanya.

“Video dan imej pegun yang saya lihat sebaliknya membayangk­an satu atau lebih aliran piroklasti­k. Ini berlaku apabila serpihan batu dan gas panas yang diletuskan dengan ganas mendapati diri terlalu tebal untuk naik sebagai awan abu sebaliknya melata turun di lereng gunung berapi.

“Ombak atau aliran piroklasti­k dapat bergerak pada kelajuan lebih 100 kilometer sejam, dan mungkin cukup panas untuk membara seperti lahar cair. Ia dapat pergi lebih jauh, selain jauh lebih pantas, berbanding aliran lahar,” kata Rothery.

Fuego sudah meletus sejak 2002, dan sentiasa aktif pada 2017.

Letupan dan awan abu selain aliran lumpur gunung berapi berlaku pada bulan lepas. — AFP

 ??  ??
 ??  ??
 ?? — Gambar AFP ?? ROSAK: Pemandanga­n kerosakan akibat letusan gunung berapi Fuego di kampung San Miguel Los Lotes di bahagian Escuintla, kira-kira 35 kilometer barat daya Guatemala kelmarin.
— Gambar AFP ROSAK: Pemandanga­n kerosakan akibat letusan gunung berapi Fuego di kampung San Miguel Los Lotes di bahagian Escuintla, kira-kira 35 kilometer barat daya Guatemala kelmarin.
 ?? — Gambar AFP ?? MALANG: Anggota polis mengangkat mayat mangsa di kampung San Miguel Los Lotes yang diselubung­i abu di bahagian Escuintla, kira-kira 35 kilometer barat daya Guatemala kelmarin, sehari selepas gunung berapi Fuego meletus.
— Gambar AFP MALANG: Anggota polis mengangkat mayat mangsa di kampung San Miguel Los Lotes yang diselubung­i abu di bahagian Escuintla, kira-kira 35 kilometer barat daya Guatemala kelmarin, sehari selepas gunung berapi Fuego meletus.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia