Utusan Borneo (Sarawak)

Selebriti popular meriahkan kempen #NiatBersam­a Digi ceriakan warga tua

-

SEMPENA bulan Ramadan yang mulia ini, Digi Telecommun­ications Sdn Bhd (Digi) mengajak para pelanggan untuk bersama-sama mengambil peluang berkongsi nikmat kesyukuran dan memenuhi niat baik mereka melalui beberapa aktiviti di bawah tema #NiatBersam­a.

Antaranya dengan meraikan bulan yang mulia ini bersama warga emas yang ditempatka­n di pusat-pusat penjagaan orang tua.

Baru-baru ini, Digi telah melawat rumah penjagaan orang tua di Lahat, Perak di mana mereka telah dihadiahka­n dengan keperluan makanan asas, pakaian raya, serta sesi memotong rambut oleh MalyaArtwo­rk.

Mereka juga telah dihiburkan oleh artis-artis tempatan Cassidy, Aziz Harun, Andi Bernadee, Amir Hassan dan Wan Shahjuddin yang berada di bawah naungan Warner Music, rakan #NiatBersam­a Digi.

Menurut Ketua Perkhidmat­an Pemasaran Digi Bernard Lee, “Bulan Ramadan merupakan satu bulan di mana umat Islam digalakkan berkongsi rezeki dan bersedekah kepada yang memerlukan dan di Digi, kami percaya Ramadan yang bermakna bermula dengan niat yang tulus dan ikhlas.

“Oleh itu, kami sentiasa mencari cara bagaimana kami dapat membalas sokongan yang diberikan oleh pelanggan dengan menawarkan perkhidmat­an Internet yang lebih bermakna,” katanya.

Tambahnya, “Justeru itu, dengan kempen #NiatBersam­a, kami berharap mereka akan mempunyai platform untuk berkongsi kegembiraa­n musim perayaan dengan mereka yang kurang bernasib baik.”

“Kami amat tersentuh melihat kegembiraa­n dan senyuman yang dilemparka­n kepada kami oleh warga emas apabila kami muncul di pusat penjagaan tersebut untuk meluangkan masa bersama mereka.

“Selepas Perak, kami akan meneruskan lawatan Ramadan ini ke dua lagi pusat penjagaan orang tua yang terletak di Kuantan, Pahang dan Rawang, Selangor dalam beberapa minggu akan datang,” jelas Bernard, sambil menambah bahawa pelanggan Digi yang berminat untuk menyertai lawatan ini boleh menebus jemputan di MyDigi Rewards melalui aplikasi MyDigi.

Dari 22 Mei sehingga 15 Jun 2018, pelanggan Digi boleh membeli barangan dengan tawaran eksklusif di ‘Ramadan Deals’ bagi diri sendiri atau memilih untuk menghantar barangan tersebut sebagai hadiah kepada rakan atau orang yang tersayang melalui MyDigi Rewards.

 ??  ??
 ??  ?? #NIATBERSAM­A: Cassidy (kiri) bersama warga tua semasa melawat rumah penjagaan orang tua di Lahat, Perak baru-baru ini.
#NIATBERSAM­A: Cassidy (kiri) bersama warga tua semasa melawat rumah penjagaan orang tua di Lahat, Perak baru-baru ini.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia