Utusan Borneo (Sarawak)

Kerajaan PAS sedia terima kritikan: MB Terengganu

-

KUALA TERENGGANU: Kerajaan negeri Terengganu pimpinan PAS sentiasa terbuka untuk menerima sebarang kritikan atau pandangan daripada mana-mana pihak demi kebaikan rakyat.

Menteri Besar Dr Ahmad Samsuri Mokhtar berkata semua kepimpinan tertinggi kerajaan negeri termasuk Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN), Ahli Parlimen, pegawai tadbir dan beliau sendiri perlu berlapang dada untuk menerima pandangan daripada pihak lain.

“Kita perlu ubah satu paradigma pemikiran bahawa ketua sentiasa betul. Pada saya, itu adalah satu pandangan yang silap kerana kita bekerja dalam satu pasukan, dari bawah hingga ke atas termasuk Menteri Besar haruslah dalam keadaan mindanya bersedia untuk sebarang kritikan membina.

“Dalam satu pasukan, sudah tentulah ada perkaraper­kata tertentu sepanjang perjalanan kita memerintah dikesan pentadbira­n lain, maka penambahba­ikan boleh dibuat oleh mereka.

Rakyat juga berhak sampaikan pandangan yang baik untuk kita bina Terengganu yang lebih baik dan penuh kasih sayang,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan mesyuarat agung Persatuan Pegawai Tadbir Negeri Terengganu di Wisma Darul Iman di sini, semalam.

Ditanya mengenai pertemuann­ya dengan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad di Perdana Putra kelmarin, Ahmad Samsuri berkata berkata ia adalah pertemuan tidak rasmi yang banyak membincang­kan beberapa perkara namun enggan mendedahka­n butirannya.

“Pertemuan itu berlangsun­g dalam keadaan yang sangat baik, sangat mesra di mana semua pihak teruja untuk berbincang dan berkomunik­asi.

“Insya- Alah, diharap hubungan baik ini akan terus dikekalkan terutama dalam keadaan Terengganu adalah antara negeri yang pertama selesaikan pelantikan Menteri Besar dan Anggota Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri.

“Kita bergerak dengan cermat dan lancar, sudah tentulah ia menyumbang kepada keseimbang­an hubungan antara negeri Terengganu dan Persekutua­n,” katanya.

Selain itu, beliau berkata pengumuman mengenai pemberian bantuan bonus Aidilfitri kepada penjawat awam negeri akan dibincangk­an dalam mesyuarat Exco yang berlangsun­g hari ini. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia