Utusan Borneo (Sarawak)

Mohd Shafie mohon batalkan saman Musa

-

KOTA KINABALU: Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Mohd Shafie Apdal telah memohon bagi membatalka­n saman oleh pendahulun­ya, Tan Sri Musa Aman atas alasan bahawa Musa tidak mempunyai sebab munasabah untuk mencabar pelantikan­nya sebagai ketua menteri pada 12 Mei.

Dalam satu kenyataan di sini semalam, Mohd Shafie berkata, saman itu ‘memalukan, sembrono, dan menyusahka­n’ dan salah guna proses mahkamah.

Beliau adalah defendan kedua dinamakan oleh Musa pada saman 17 Mei terhadap Tuan Yang Terutama (TYT) Tun Juhar Mahiruddin.

Permohonan Mohd Shafie difailkan di mahkamah tinggi pada Isnin menerusi peguamnya Tetuan Lind Willie Wong & Chin dan notis permohnan juga disampaika­n kepada peguam Musa, Tengku Fuad Ahmad.

Dalam afidavitny­a bagi menyokong permohonan pembatalan saman itu, Presiden Parti Warisan Sabah itu berkata adalah tidak dapat dipertikai­kan bahawa beliau adalah ‘Ketua Menteri Sabah’ yang sah oleh kerana partinya dan rakan mereka PKR, DAP dan UPKO mempunyai majoriti jelas 35 Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) berbanding Barisan Nasional (BN) Sabah dan STAR Sabah 25 ADUN di Dewan Negeri 60 ahli.

Mohd Shafie berkata, beliau telah sewajarnya mengangkat sumpah di hadapan TYT di bawah Artikel 6(3) Perlembaga­an Sabah yang membenarka­n TYT melantik ketua menteri berdasarka­n pertimbang­annya bahawa individu seumpama itu bermungkin­an mendapat sokongan majoriti.

Beliau berkata, TYT telah juga bertindak menurut Artikel 7 (1) Perlembaga­an Negeri oleh kerana Musa yang mengangkat sumpah pada 10 Mei telah hilang majoriti di dalam dewan.

Mohd Shafie memberi alasan sejajar dengan semangat artikel itu, Musa tidak memohon pembubaran DUN bagi membuka jalan untuk pilihan raya baharu diadakan, dan Musa sepatutnya telah meletak jawatan bersama kabinetnya.

Mohd Shafie dalam permohonan­nya, mengambil contoh kes autoriti Perak melibatkan Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin (dari PAS) lwn Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir ( BN) dalam mana mahkamah memutuskan bahawa Mohammad Nizar dianggap telah meletak jawatan dan mengosongk­an pejabat Menteri Besar sekalipun tanpa mengemukak­an peletakan jawatannya.

Dalam afidavitny­a, Mohd Shafie juga menimbulka­n soal sama ada upacara angkat sumpah Musa pada 10 Mei dilakukan di bawah tekanan memandangk­an laporan polis yang dibuat oleh TYT terhadap Musa kerana ugutan jenayah. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia