Utusan Borneo (Sarawak)

Lupus tayar terpakai, elak wabak denggi: Sempurai

-

SIBU: Pengendali premis menjual tayar di Sibu Jaya diingatkan supaya mematuhi arahan pihak berkuasa agar melupuskan tayar terpakai bagi mengelak wabak denggi.

Pengerusi Majlis Daerah Luar Bandar (MDLBS) Sibu Sempurai Petrus Ngelai menegaskan tayar terpakai sekiranya dibuang secara sembaranga­n boleh menjadi tempat pembiakan aedes.

“Sekiranya perkara ini tidak diberi perhatian serius ia boleh mendatangk­an kesan buruk terhadap kesihatan orang ramai.

“Justeru saya meminta mereka mematuhi arahan pihak berkuasa agar melupuskan tayar terpakai dengan cara yang betul,” katanya kelmarin.

Terdahulu, Sempurai menjelaska­n pihaknya menerima maklumat mengenai pengumpula­n tayar tidak konsisten sehingga menyebabka­n bilangan tayar terpakai bertambah setiap minggu.

Menurut Sempurai, beliau difahamkan bahawa pengumpula­n tayar terpakai dilakukan oleh pihak ketiga.

Oleh hal itu, MDLBS katanya akan melakukan pemantauan dari semasa ke semasa untuk memastikan isu berkenaan ditangani dengan baik dan berkesan.

“Jika mana-mana premis didapati menjadi tempat pembiakan aedes, mereka akan dikenakan kompaun sewajarnya.

“Malah, di bawah Akta Serangga Pembawa Penyakit- Penyakit 1975, denda sebanyak RM500 boleh dikenakan terhadap premis yang menjadi sarang pembiakan aedes,” katanya.

Beliau turut menasihatk­an orang ramai ramai supaya mengutamak­an kebersihan di sekitar kawasan kediaman.

 ??  ?? TEGAS: Sempurai (dua kiri) memberi penerangan mengenai pentingnya pengumpula­n tayar terpakai secara konsisten bagi mengelak menjadi sarang pembiakan aedes.
TEGAS: Sempurai (dua kiri) memberi penerangan mengenai pentingnya pengumpula­n tayar terpakai secara konsisten bagi mengelak menjadi sarang pembiakan aedes.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia