Utusan Borneo (Sarawak)

Umat Islam kutuk kekejaman rejim zionis

-

KUALA LUMPUR: Lebih 600 pendukung keamanan termasuk ahli politik menyertai Perhimpuna­n Hari Peringatan Al Quds bagi mengutuk kekejaman rejim zionis di hadapan kedutaan Amerika Syarikat di sini, semalam.

Himpunan anjuran Sekretaria­t Palestin Malaysia ( SPM) yang terdiri daripada Majlis Perundinga­n Pertubuhan Islam Malaysia (MAPIM), Himpunan Ulama Rantau Asia (SHURA), Pertubuhan Kebajikan Rakyat Sejagat dan 60 pertubuhan bukan kerajaan (NGO) lain itu diadakan selama dua jam bermula dengan peserta berarak dari Masjid Tabung Haji ke Kedutaan Amerika Syarikat, di sini selepas solat Jumaat.

Presiden MAPIM, Mohd Azmi Abdul Hamid berkata satu memorandum bantahan diserahkan kepada Kedutaan Amerika Syarikat yang diterima oleh ketua pengawal keselamata­n kedutaan itu.

Menurutnya, AS kini dilihat sebagai boneka Israel dan tidak layak menjadi pendamai.

“Hari Al Quds disambut oleh seluruh dunia sebagai tanda kesatuan kemanusiaa­n menentang pencabulan dan kezaliman zionis Israel ke atas rakyat Palestin.

“Kami tidak akan berdiam diri dan kita menyatakan kebangkita­n seluruh masyarakat tanpa mengira agama dan bangsa bersatu menentang perkara ini, “katanya ketika ditemui media di sini, semalam.

Azmi berkata, kira-kira 10 NGO akan bertemu Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad bagi menyerahka­n memorandum yang dihantar kepada Kedutaan AS semalam.

Menurutnya, suara dan kepimpinan Mahathir sangat dihormati dan beliau percaya kerajaan baharu dapat memberi perubahan dalam isu Palestin ini.

“Kita akan bersemuka dengan Dr Mahathir minggu hadapan bagi berbincang tindakan kerajaan dalam menyelesai­kan perkara ini, “katanya.

Pada 14 Mei lepas, sekurangku­rangnya 60 penduduk Palestin terbunuh dalam pertempura­n dengan tentera Israel semasa membantah pembukaan kedutaan baharu Amerika Syarikat di Baitulmaqd­is. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia