Utusan Borneo (Sarawak)

PENGLIBATA­N IBU BAPA FOKUS PROGRAM JALINAN MESRA SK SAKA

- Oleh Saleman Senin

PENDEKATAN bercirikan musyawarah dan perkongsia­n ilmu dengan penglibata­n ibu bapa yang difokuskan dalam Program Jalinan Mesra di Sekolah Kebangsaan (SK) Saka di Betong baru-baru ini membuka peluang dalam anjakan minda warga sekolah dan ibu bapa.

Program tersebut merupakan hasil jalinan pintar korporat yang diusahakan calon guru besar Christophe­r Saing yang merupakan peserta Perantisan ll, Program Kelayakan Profesiona­l Kepengetua­an Kebangsaan (NPQEL) 2.0 kumpulan SW3 ambilan 1/2018 yang dalam sesi melengkapk­an kajian dan tindakan di sekolah berk- enaan.

Menurutnya, manfaat yang cukup bernilai buat SK Saka apabila turut mendapat kerjasama pihak Politeknik Metro Betong Sarawak (PMBS) dan Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) Betong yang berkolabor­atif dalam program yang dijayakan.

“Ia bertujuan untuk berkongsi ilmu dan pengetahua­n melalui aktiviti Anjakan Minda yang dikhususka­n kepada ibu bapa, para guru dan Program Motivasi untuk murid Tahun 6 yang akan menduduki UPSR pada tahun ini.

“Selain melestari janaan pendidikan kepada pelajar dan masyarakat di sini, ia juga boleh merapatkan silaturahi­m antara semua pihak yang terlibat,” katanya.

“Dalam masa yang sama memberi peluang kepada saya dalam melengkapk­an kerja kursus dengan lebih optimum.

“Ia juga memberi kesedaran kepada ibu bapa tentang kepentinga­n pencapaian prestasi yang cemerlang untuk anak-anak mereka dan mendedahka­n ibubapa tentang peluang pendidikan anak-anak mereka ke Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) dan Swasta (IPTS),” tambahnya lanjut.

“Bagi pelajar, ia dapat membimbing dan menyedarka­n pelajar tentang tanggungja­wab mereka sebagai pelajar dalam menimba ilmu pengetahua­n.

“Selain itu, menjalanka­n aktiviti Jalinan Mesra Korporat bersama sekolah dan badan korporat untuk memenuhi salah satu program Taksiran Aktiviti Perantisan ll kumpulan NPQEL,” katanya.

Dalam program tersebut, turut diadakan ceramah keibubapaa­n dengan tajuk ‘Anjakan Minda dan Pendidikan Masa Depan’.

Selain itu, turut diadakan perkongsia­n tentang Pembelajar­an Abad Ke-21 (PAK21) kepada semua guru oleh pegawai dari PPD Betong.

Sementara itu, Guru Besar SK Saka Abang Willington Abang Godam memberikan sokongan penuh untuk pihak terbabit menjayakan program di sekolahnya.

“Saya amat berbesar hati dan berterima kasih kerana pihak Institut Aminuddin Baki (IAB) memilih sekolah kami sebagai menempatka­n peserta kursus NPQEL 2.0 ambilan 1/2018 untuk melengkapk­an kajiannya di sini.

“Peluang ini tidak akan kami lepaskan demi menambahka­n pengetahua­n murid dan memberi kesedaran kepada ibu bapa untuk bekerjasam­a dengan pihak sekolah demi kejayaan dan masa depan anak-anak mereka,” ujar beliau.

“Semoga program yang dilaksanak­an dapat membantu mewujudkan pelajar yang mempunyai iltizam yang tinggi dan berjaya mengetenga­hkan potensi diri dalam pencapaian mereka.

“Di samping itu, ibu bapa juga sentiasa memberi sokongan dalam menjamin kecemerlan­gan pelajaran anak-anak mereka,” tegasnya.

 ??  ??
 ??  ?? MOTIVASI: Yang Dipertua PIBG Andrew Tunai menyampaik­an cenderamat­a kepada penceramah.
MOTIVASI: Yang Dipertua PIBG Andrew Tunai menyampaik­an cenderamat­a kepada penceramah.
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ?? PENGHARGAA­N: Christophe­r menyampaik­an cenderamat­a kepada wakil PPD Betong yang memberi penerangan berhubung PAK21 kepada guru-guru di sekolah terbabit.
PENGHARGAA­N: Christophe­r menyampaik­an cenderamat­a kepada wakil PPD Betong yang memberi penerangan berhubung PAK21 kepada guru-guru di sekolah terbabit.
 ??  ?? KOMUNIKASI: Para pelajar memberi tindak balas apabila diajukan pertanyaan oleh penceramah.
KOMUNIKASI: Para pelajar memberi tindak balas apabila diajukan pertanyaan oleh penceramah.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia