Utusan Borneo (Sarawak)

SARAWAK DAPATKAN KHIDMAT PAKAR

Dalam usaha meningkatk­an prestasi jurulatih dan atlet-atlet bagi menghadapi SUKMA 2018 di Perak

- Oleh Harry Ilias

KUCHING: Sarawak mendapatka­n khidmat pakar dalam bidang sains sukan dari Institut Sukan Negara (ISN), Andre Richards dalam usaha meningkatk­an prestasi para jurulatih dan atlet-atlet negeri bagi menghadapi temasya Sukan Malaysia (SUKMA 2018) di Perak.

Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Sukan Sarawak (PSS), Dr Ong Kong Swee berkata pakar kekuatan dan suaian fizikal (strength & conditioni­ng) dari New Zealand itu mula membantu Majlis Sukan Negeri Sarawak ( MSNS) walaupun beliau hanya memulakan tugas secara rasmi pada 15 Jun ini dengan kontrak selama setahun.

Menurutnya, Andre juga ditugaskan mengetuai pusat suaian fizikal (conditioni­ng) berprestas­i tinggi di Sarawak akan memainkan peranan penting dalam menerapkan pengetahua­n mengenai sains sukan dalam bidang kejurulati­han.

“Selain itu, Andre juga akan berperanan mereka bentuk program spesifik untuk jurulatih sebagai persiapan terakhir menghadapi SUKMA,” katanya ditemui pada Bengkel Persiapan Terakhir Jurulatih SUKMA di sini semalam.

Menurut Ong, pihaknya melantik Andre selepas lawatan ke New Zealand untuk melawat pusat berprestas­i tinggi di sana di mana negara itu memiliki pusat yang sangat efektif.

Beliau berkata, Sarawak menjadikan New Zealand sebagai contoh kerana negara itu hanya mempunyai 4.7 juta penduduk namun mereka telah melahirkan seramai 16 pemenang pingat emas Sukan Olimpik Rio.

“Bengkel yang dikendalik­an oleh Andre dan be- berapa pakar itu bertujuan meningkatk­an pengetahua­n jurulatih terhadap bidang sains sukan dan cara untuk mengaplika­sikannya bagi memastikan prestasi atlet-atlet sentiasa berada pada tahap optimum sehingga SUKMA berlangsun­g pada September nanti,” jelasnya.

Pengarah MSNS itu berkata, aplikasi sains sukan akan membantu jurulatihj­urulatih merancang latihan dengan betul dan lebih sistematik.

“Kerana itu kita mendapatka­n pakar conditioni­ng (suaian fizikal) untuk memastikan atlet-atlet kita bersedia sepenuhnya pada September nanti. Selian itu, kita juga melihat ke arah aspek nutrisi, psikologi sukan, analisis prestasi, taktik dan strategi,” ujarnya.

Mengenai SUKMA Perak yang akan berlangsun­g dari 12 hingga 22 September nanti, Ong berkata persiapan Sarawak ketika ini berjalan dengan lancar dan kini memasuki fasa terakhir.

Menurutnya, Sarawak akan menyertai semua 29 acara dipertandi­ngkan dengan nama atlet- atlet yang bertanding akan dihantar sepenuhnya pada awal Julai depan.

“Kita masih menetapkan sasaran 77 pingat emas setakat ini namun sasaran itu mungkin akan dikurangka­n jika penganjur menggugurk­an beberapa acara sukan,” katanya.

Kira- kira 25 jurulatih sukan yang terlibat pada temasya SUKMA Perak menyertai bengkel yang berakhir hari ini.

Selain itu, Andre juga akan berperanan mereka bentuk program spesifik untuk jurulatih sebagai persiapan terakhir menghadapi SUKMA. Dr Ong Kong Swee Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Sukan Sarawak

 ??  ??
 ??  ?? BENGKEL: (Barisan kedua, dari enam kanan) Andre dan Ong bersama para jurulatih dan penceramah pada Bengkel Persiapan Terakhir Jurulatih SUKMA semalam.
BENGKEL: (Barisan kedua, dari enam kanan) Andre dan Ong bersama para jurulatih dan penceramah pada Bengkel Persiapan Terakhir Jurulatih SUKMA semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia