Utusan Borneo (Sarawak)

Jln Pesisir manfaat kepada Sebuyau

Nilai tanah akan naik dan menjadi aset penting untuk dibangun, pemilik dinasihat tidak jual tanah kepada orang luar

-

KUCHING: Sebuyau akan mendapat manfaat dengan menjadi laluan utama Jalan Pesisir di Sarawak, kata Menteri Muda Jalan Pesisir Datuk Julaihi Narawi.

Beliau berkata, semakin ramai pengguna jalan raya akan melalui Sebuyau menggunaka­n jalan tersebut untuk ke destinasi masing-masing.

Menurutnya, banyak kampung di Sebuyau termasuk Kampung Seruyuk terletak berhampira­n dengan Jalan Pesisir, bermakna tanah mereka dijangka menjadi aset penting untuk dibangunka­n.

“Justeru, saya menasihatk­an anda semua ( penduduk DUN Sebuyau) supaya tidak menjual aset tanah ini kepada pihak luar. Kalau tanah dijual, anda selaku pemilik tanah berada di pihak yang rugi.

“Lebih-lebih lagi dengan siapnya Jambatan Batang Sadong dan terbaharu, siapnya Jambatan Batang Samarahan adalah pelengkap penting bagi jalan pesisir pantai untuk rakyat berhubung dan mening- katkan taraf sosioekono­mi,” katanya pada Majlis Berbuka Puasa di Kampung Seruyuk, Sebuyau kelmarin.

Julaihi berkata, pembinaan Jalan Pesisir dan jambatanja­mbatan di sepanjang laluan pesisir pantai Sarawak merupakan usaha penting dan berterusan kerajaan Sarawak untuk menyediaka­n jalan perhubunga­n di luar bandar.

“Ini supaya pembanguna­n kawasan luar bandar sama ada kawasan pesisir pantai atau kawasan pedalaman dapat diseimbang­kan dengan pembanguna­n di kawasan bandar. Itulah harapan dan doa rakyat luar bandar yang sememangny­a wajar kita tunaikan segera,” katanya.

Sehubungan itu, Julaihi yang juga ADUN Sebuyau menaruh harapan agar kerajaan persekutua­n dapat meneruskan projek-projek yang diluluskan sebelum ini untuk kawasan pesisir seperti Jambatan Batang Lupar, Jambatan Igan, bangunan sekolah seperti Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Sebuyau dan banyak lagi.

“Ini penting untuk meneruskan kesinambun­gan pembanguna­n di kawasan pesisir sejajar dengan inisiatif kerajan Sarawak untuk melengkapk­an pembinaan jalan pesisir pantai.

“Ini melibatkan kerjakerja menaik taraf jalan pesisir dari selatan hingga ke utara Sarawak, membina jaringan jalan terputus dan menggantik­an semua kemudahan feri dengan membina jambatan di sepanjang laluannya,” jelasnya.

Beliau berharap, tiada pihak yang akan cuba mengganggu dan menghalang pelaksanaa­n pembinaan jalan pesisir kerana ia penting untuk membuka dan mem- bangun kawasan pesisir pantai supaya sosioekono­mi rakyat dapat ditingkatk­an.

Terdahulu, beliau menasihati masyarakat Islam supaya menghayati bulan Ramadan dan terus mengukuhka­n perpaduan agar menjadi contoh dan dihormati masyarakat lain.

“Umat Islam juga perlu sentiasa bersedia, bersatu hati dan terus bekerjasam­a menghadapi pelbagai cabaran sama ada dari dalam atau dari luar bagi mengelak perpecahan dalam kalangan kita kerana perpecahan hanya akan melemah dan merugikan umat Islam itu sendiri,” ujarnya.

Justeru, saya menasihatk­an anda semua (penduduk DUN Sebuyau) supaya tidak menjual aset tanah ini kepada pihak luar. Kalau tanah dijual, anda selaku pemilik rugi. ” tanah berada di pihak yang Datuk Julaihi Narawi Menteri Muda Jalan Pesisir

 ??  ??
 ??  ?? BERSAMA MASYARAKAT: Julaihi (tiga kiri) berbual mesra bersama penduduk pada Majlis Berbuka Puasa di Kampung Seruyuk, Sebuyau kelmarin.
BERSAMA MASYARAKAT: Julaihi (tiga kiri) berbual mesra bersama penduduk pada Majlis Berbuka Puasa di Kampung Seruyuk, Sebuyau kelmarin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia