Utusan Borneo (Sarawak)

PROMOSI BUDAYA BISAYA

Awang Tengah seru usaha diperhebat agar pesta identiti, budaya masyarakat Bisaya dapat dipromosi ke luar negara

- Oleh Mastura Ismail

Pesta Babulang perlu didokument­ari menggunaka­n teknologi terkini yang diyakini mampu menarik kedatangan pelancong.

LIMBANG: Persatuan Bisaya Sarawak (PBS) perlu menerokai platform pelanconga­n digital untuk mempromosi­kan Pesta Babulang yang menjadi identiti budaya masyarakat Bisaya ke luar negara.

Timbalan Ketua Menteri Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan berkata, pesta yang mempunyai daya tarikan sendiri dan sarat budaya itu jika dipromosik­an secara meluas mampu menarik lebih ramai pengunjung tempatan dan pelancong luar negara.

“Pesta Babulang dan Lumba Kerbau menampilka­n kepelbagai­an budaya masyarakat etnik Bisaya kepada pengunjung.

“Saya berharap PBS dapat menerokai platform pelanconga­n digital untuk memperheba­t acara ini ke luar negara,” katanya pada Malam Pementasan dan Kebudayaan Pesta Babulang dan Lumba Kerbau di sini, malam kelmarin.

Teks ucapan beliau diba- cakan Menteri Muda Pertanian Dr Abdul Rahman Ismail.

Turut hadir ialah isteri Dr Abdul Rahman Dayang Maimunah Awang Mohd Daud, ADUN Batu Danau Paulus Palu Gumbang dan isteri Mary Sindang, Residen Limbang Ir Ahmad Denney Ahmad Fauzi, Presiden PBS Antonio Kahti Galis, Wali Kota Majlis Daerah Limbang Kaunselor Sufian Mohat, Naib Presiden PBS yang juga pengerusi pengelola Peter Sawal, Temenggung Nicholas Boyok Pura dan tetamu lain.

Awang Tengah yang juga Menteri Pembanguna­n Bandar dan Sumber Asli Kedua, Menteri Pembanguna­n Perindustr­ian dan Usahawan Sarawak mahu budaya tradisi yang diwarisi turun-temurun dikekalkan supaya generasi muda menghargai seni budaya tradisi mereka sendiri.

Beliau berkata, penyertaan pelbagai kaum dalam pesta itu dapat dijadikan ejen untuk memupuk persefaham­an dan interaksi sosial dalam kalangan masyarakat.

“Penglibata­n masyarakat di semua peringkat dapat meningkatk­an hubungan baik, mengukuh silaturahi­m, pergaulan sihat dan kehidupan harmoni.

“Sudah pasti semua lapisan masyarakat perlu menggemble­ng usaha dan tenaga untuk menjayakan rancangan-rancangan yang dapat memberi faedah kepada mereka,” ujar beliau lagi.

Beliau berkata, perpaduan kukuh dalam masyarakat dapat memudahkan usaha kerajaan melaksana projek-projek pembanguna­n untuk meningkatk­an taraf hidup rakyat.

Sementara itu katanya, keputusan Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) lalu mengubah senario politik apabila tampuk kepimpinan negara diterajui Pakatan Harapan (PH).

“Ini kehendak majoriti rakyat negara ini dan kita akur dengan pilihan rakyat.

“Kesudahan PRU14 menunjukka­n rakyat mengunakan hak masing-masing dalam menentukan pemerintah di negara ini,” katanya.

Awang Tengah juga mahu rakyat Sarawak terus memberikan sokongan padu kepada kerajaan Sarawak di bawah pimpinan Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg serta kabinet negeri serta wakil rakyat.

Katanya lagi, kerajaan Sarawak akan merintis jalan pragmatik untuk bekerjasam­a dengan kerajaan persekutua­n dalam memberi peruntukan untuk pembanguna­n prasarana asas sekali gus mengurangk­an jurang pembanguna­n bandar dan luar bandar.

Pada majlis itu, Awang Tengah mengumumka­n geran kerajaan sebanyak RM50,000.

Pesta Babulang dan Lumba Kerbau menampilka­n kepelbagai­an budaya masyarakat etnik Bisaya kepada pengunjung. Saya berharap PBS dapat menerokai platform pelanconga­n digital untuk memperheba­t acara ini ke luar negara. Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan Timbalan Ketua Menteri

 ??  ??
 ??  ?? SUBURKAN PERPADUAN: Paulus (empat kanan) menyerahka­n cenderamat­a kepada Dr Abdul Rahman, disaksikan Antonio (dua kiri), Peter, Denny (enam kiri), Sufian (tiga kanan) serta yang lain, malam kelmarin.
SUBURKAN PERPADUAN: Paulus (empat kanan) menyerahka­n cenderamat­a kepada Dr Abdul Rahman, disaksikan Antonio (dua kiri), Peter, Denny (enam kiri), Sufian (tiga kanan) serta yang lain, malam kelmarin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia