Utusan Borneo (Sarawak)

Michelle Yeoh diberi peranan sebagai Duta Muhibbah UNDP

- Oleh Manik Mehta

AKTRES Malaysia yang pernah memenangi anugerah, Tan Sri Michelle Yeoh, yang juga merupakan Duta Muhibah Program Pembanguna­n Pertubuhan BangsaBang­sa Bersatu (UNDP), telah diberi satu lagi peranan oleh badan PBB itu.

Dalam peranannya yang baharu, Yeoh, yang dilahirkan di Ipoh, akan meningkatk­an kesedaran dan menggerakk­an sokongan untuk Matlamat Pembanguna­n Mapan PBB atau UN Sustainabl­e Developmen­t Goals (SDGs), yang dilancarka­n pada 2016, bagi menamatkan kemiskinan menjelang tahun 2030.

Pada ulang tahun pertama gempa bumi kuat yang memusnahka­n Nepal pada April 2015, Yeoh melawat negara tersebut untuk mendapatka­n sendiri maklumat tentang kemusnahan itu.

Sebagai Duta Muhibah UNDP, Yeoh mengetenga­hkan usaha pemulihan di Nepal, dan menggarisk­an keperluan yang genting bagi kesiap-siagaan untuk menghadapi bencana.

“Pengalaman saya yang menakutkan ialah apabila bumi di bawah bergegar. Ia membuatkan saya sedar tentang kepentinga­n untuk bersiap sedia bagi bencana, lama sebelum ia berlaku,” katanya.

Pada Mei 2016, Yeoh, yang terbabit dalam beberapa aktiviti UNDP, berganding dengan sepasang anak panda, apa yang dipanggil sebagai ‘Duta Haiwan’ UNDP, untuk melancarka­n kempen Panda untuk Matlamat Global (Pandas for the Global Goals).

“Saya menggemble­ng tenaga dengan dua anak panda yang comel untuk menarik minat orang ramai agar melibatkan diri dalam usaha menyokong matlamat global kerana, siapa yang tidak suka dengan panda?!” katanya ketika beliau melawat Pangkalan Panda Chengdu.

“Matlamat kita adalah untuk menunjukka­n setiap daripada kita dapat memainkan peranan yang aktif dalam usaha mencapai visi bersama pada peringkat global bagi masa depan tanpa kemiskinan, ke tidak sama rataan atau perubahan iklim,” ujarnya.

Yeoh juga telah memberi penekanan kepada diplomasi pencegahan dalam usaha untuk mengurangk­an atau menamatkan sepenuhnya konflik-konflik.

Beberapa minggu sebelum ini, Yeoh menyertai beberapa pemimpin dunia dan pembuat pendapat yang berpengaru­h di Mesyuarat Peringkat Tinggi PBB mengenai Pembinaan Keamanan dan Keamanan Mapan di New York, untuk menggarisk­an kepentinga­n diplomasi pencegahan sebagai kunci bagi kawalan kerosakan (damage control) dan menghentik­an konflik.

Pegawai PBB, yang menuntut usaha diplomatik, dialog dan perantaraa­n yang lebih gigih, menyeru kepada pemimpin dunia untuk membantu mengukuhka­n “pendekatan baharu” bagi memelihara keamanan, meletakkan pencegahan di hadapan dalam usaha untuk menyekat sebarang keganasan yang boleh menyebabka­n kerosakan sampingan (collateral damage) yang besar kepada kehidupan manusia dan harta benda, selain memindahka­n orang awam yang tidak bersalah dari rumah mereka dan membawa kepada pemindahan manusia yang dahsyat.

Yeoh mengimbau bagaimana dalam peranannya sebagai Duta Muhibah UNDP, beliau berjumpa dengan ramai orang yang terpaksa meninggalk­an rumah mereka kerana konflik yang telah menjadi “semakin berdarah” selama ini.

Jutaan manusia di seluruh dunia terpaksa meninggalk­an rumah mereka, terutamany­a kerana keganasan, dan lebih separuh pelarian adalah kanak-kanak, selalunya dipisahkan daripada ibu bapa mereka.

Menjelang 2030, tahun sasaran bagi Agenda Pembanguna­n Mapan, lebih separuh daripada orang miskin di dunia akan tinggal di negara-negara yang mengalami konflik ganas.

Walaupun memainkan peranan dalam UNDP, Yeoh tidak mengabaika­n karier lakonannya yang telah membantuny­a memenangi anugerah. Salah satu filemnya yang amat dinanti-nantikan, ‘Crazy Rich Asians’, dijadual ditayangka­n di pawagam pada musim panas tahun ini.

Dalam filem itu, Yeoh berlakon bersama pelakon Britain-Malaysia, Henry Golding, yang lahir di Sarawak dan berketurun­an British-Iban.

Maka itu, filem yang diarah oleh Jon M. Chu, ada dua warga Malaysia yang bekerja sama dalam sebuah filem besar di Hollywood.

Berdasarka­n novel tulisan Kevin Kwan dengan tajuk yang sama, ceritanya berkisar sekitar warga New York, Rachel Chu, yang mengikuti teman lelakinya Nick yang pulang ke Singapura untuk menghadiri perkahwina­n rakan karibnya.

Rachel kemudian mendapati dia sebenarnya berasal daripada sebuah keluarga yang kaya, dan ibu mertuanya yang berpotensi tidak begitu menyukainy­a.

Yeoh sudah membintang­i 30 buah filem, termasuk ‘Memoirs of a Geisha’, ‘The Mummy’, filem James Bond ‘Tomorrow Never Dies’ dan filem yang memenangi pelbagai anugerah akademi, ‘Crouching Tiger, Hidden Dragon’.

Beliau turut berlakon dalam siri televisyen yang amat dinanti-nantikan ‘Star Trek: Discovery’ di saluran CBS.

 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia