Utusan Borneo (Sarawak)

Beli Shell Rimula peluang menang lawatan ke Dubai

-

MIRI: Pengedar minyak pelincir Shell terkemuka Sarawak, KTS Trading Sdn Bhd memulakan jerayawara Shell Rimula Global yang pertama di sini pada 8 dan 9 Jun.

Pengurus Cawangan KTS Trading Sdn Bhd cawangan Miri, Stephen Chiew Chin Nguong berkata, acara yang sama akan diadakan di Bintulu, Sibu dan Kuching pada Jun dan Julai manakala di Miri ia diadakan di premisnya di Jalan Gardenia semalam mulai jam 9 pagi hingga 4 petang.

“Sepanjang promosi bermula 1 April hingga 31 Julai tahun ini, pelanggan yang membeli Shell Rimula R6, Rimula R5 atau Rimula R4 X layak untuk menyertai pertanding­an di mana tujuh pemenang bertuah akan diterbangk­an ke Dubai.”

“Hadiah termasuk semua perbelanja­an empat hari tiga malam ke Dubai pada 13 hingga 17 Nov tahun ini,” katanya semasa sidang media di premis KTS Trading Sdn Bhd dekat sini semalam.

Hadir sama Pengurus Akaun Indirect Channel Shell Timur Sdn Bhd, Kon Thiam Sen dan kakitangan KTS Trading Sdn Bhd yang lain.

Stephen menambah, pemenang bukan hanya melawat salah satu bandar ikonik di dunia malah mengalami sendiri cabaran pemanduan yang unik di sana.

Katanya, semasa jerayawara KTS turut membuat ta- waran menarik untuk produk pelincir premium Rimula. Hadiah percuma turut diberikan kepada pelanggan Shell sebagai penghargaa­n di atas sokongan berterusan.

KTS Trading Sdn Bhd merupakan pengedar Shell terkemuka di Sarawak selama 49 tahun dan amat komited dalam menyediaka­n penyelesai­an pelincir dalam semua keperluan industri.

Shell pula merupakan pembekal global nombor satu di peringkat global dalam tempoh 11 tahun berturuttu­rut.

Pelanggan yang berminat boleh mendapatka­n produk minyak pelincir dengan menghubung­i KTS Trading Sdn Bhd cawangan Miri di talian 085 417133.

 ??  ??
 ??  ?? TERBAIK: Stephen (enam kiri) dan Kon bersama yang lain menunjukka­n tanda bagus semasa pelancaran jerayawara Shell Rimula Global di KTS Trading Sdn Bhd cawangan Miri semalam.
TERBAIK: Stephen (enam kiri) dan Kon bersama yang lain menunjukka­n tanda bagus semasa pelancaran jerayawara Shell Rimula Global di KTS Trading Sdn Bhd cawangan Miri semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia