Utusan Borneo (Sarawak)

Lapan individu santai berjudi di khalayak ramai diberkas

Kaki judi bertempiar­an ketika cuba melarikan diri, namun Pentas Esplanade Sibu sudah dikepung anggota polis

- Oleh Michael Ubam

SIBU: Tabiat gemar berjudi di tempat awam berakhir di lokap apabila pasukan polis dari Bahagian Siasatan Jenayah Daerah Sibu mengesan lapan individu sedang santai bermain ‘Cho Tai Tee’ di Pentas Esplanade, Jalan Maju di sini, tengah hari kelmarin.

Hasil maklumat awam, lapan lelaki berumur antara 23 dan 55 tahun yang sedang khusyuk merenung daun terup bertempiar­an ketika cuba melarikan diri, namun pasukan D7 sudah mengepung kawasan itu untuk menahan mereka.

Timbalan Ketua Polis Daerah Superinten­den Martin Koo berkata, pihaknya tidak teragak- agak untuk bertindak menangkap kaki judi terutamany­a di khalayak ramai seperti di lokasi tersebut.

“Baharu sahaja kami menangkap empat lelaki yang berjudi di sebuah kedai kopi di kawasan bandar petang Rabu lalu, ada lagi yang tidak serik-serik berjudi di tempat awam,” katanya.

Dalam serbuan kali ini, pasukan D7 yang diketuai oleh Inspektor Hairul Hussin telah merampas satu set daun terup (52 keping), sejumlah wang tunai, sebuah meja dan empat kerusi plastik sebagai barang kes.

Martin berkata, dua daripada lapan suspek dibebas dengan ikat jamin polis, manakala selebihnya direman dua hari untuk siasatan dan tindakan lanjut.

Kes disiasat di bawah Seksyen 7(2) Akta Rumah Rumah Judi Terbuka (ARJT)1953.

Sementara itu, seorang lelaki berumur 22 tahun turut ditahan kerana disyaki menjalanka­n aktiviti penjualan loteri awam tanpa lesen di Pusat Tanahwang di Jalan Pedada pada jam 3 petang hari sama.

Polis turut merampas seunit telefon bimbit dan sejumlah wang daripada penganggur terbabit.

Baharu sahaja kami menangkap empat lelaki yang berjudi di sebuah kedai kopi di kawasan bandar petang Rabu lalu, ada lagi yang tidak serik-serik berjudi di tempat awam. Superinten­den Martin Koo Timbalan Ketua Polis Daerah

Lelaki itu juga dimasukkan ke dalam lokap dan akan disiasat di bawah Seksyen 4A (a) ARJT 1953.

 ??  ?? DITAHAN: Lelaki yang disyaki menjual loteri awam disoal siasat pasukan D7 IPD Sibu.
DITAHAN: Lelaki yang disyaki menjual loteri awam disoal siasat pasukan D7 IPD Sibu.
 ??  ?? ‘KETAGIHAN’: Lapan lelaki sedang leka bermain judi sambil bersantai di Pentas Esplanade di Jalan Maju, Sibu tengah hari kelmarin.
‘KETAGIHAN’: Lapan lelaki sedang leka bermain judi sambil bersantai di Pentas Esplanade di Jalan Maju, Sibu tengah hari kelmarin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia