Utusan Borneo (Sarawak)

Anggota sindiket curi kenderaan ditahan

-

BUKIT MERTAJAM: Seorang lelaki dipercayai anggota sindiket curi kenderaan ditahan polis di Jalan Bukit Teh, Machang Bubok di sini kelmarin ketika sedang memandu sebuah kereta jenis Perodua Bezza yang dicurinya.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah (SPT) ACP Nik Ros Azhan Nik Abdul Hamid berkata sepasukan polis yang sedang menjalanka­n Op Pencegahan Jenayah di kawasan itu kira-kira jam 3 petang kelmarin, menahan kereta dipandu lelaki berusia 40 tahun terbabit.

“Lelaki itu dalam keadaan mencurigak­an dan hasil pemeriksaa­n, kereta itu dilaporkan hilang di George Town baru- baru ini dan berdasarka­n siasatan, suspek yang berasal dari Kulim, Kedah dipercayai baru mengambil kenderaan itu serta mahu menghantar kepada anggota sindiket curi kenderaan tersebut,” katanya di sini semalam.

Beliau berkata sindiket itu dipercayai menjadikan sebuah rumah di kawasan Bukit Mertajam untuk menyimpan kenderaan yang mereka curi sebelum menukar nombor pendaftara­n dan menjual kepada pembeli dengan harga murah.

Berikutan penahanan lelaki yang tidak bekerja itu, beliau berkata polis mengenal pasti beberapa lagi anggota sindiket curi kenderaan berkenaan dan usaha mengesan mereka giat dijalankan.

Nik Ros Azhan berkata, sindiket itu dipercayai beroperasi sejak awal tahun ini dan sasaran mereka adalah kenderaan baharu yang mendapat permintaan tinggi daripada pembeli.

“Lelaki yang mempunyai enam rekod lampau berkaitan jenayah dan dadah itu kini direman lima hari bagi membantu siasatan kes berkenaan,” katanya.

Dalam perkembang­an lain, beliau berkata polis menahan lima lelaki berusia 30 hingga 54 tahun yang sedang leka menghisap dadah dalam serbuan di sebuah rumah di Permatang Rawa, di sini kirakira jam 1.45 pagi semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia