Utusan Borneo (Sarawak)

SEB pantau rapi prestasi bekalan elektrik ke Kanowit

-

KUCHING: Sarawak Energy Berhad (SEB) telah memantau rapi prestasi bekalan elektrik ke Kanowit dan sebarang tindakan dan cabaran berhubung bekalan ke kawasan itu akan ditangani segera.

Ini temasuk penamatan kontraktor yang diberi kuasa untuk memotong dan membersihk­an dahan yang menghalang kabel pada April lalu dengan melantik kontraktor baharu pada Mei tahun ini.

Pembersiha­n dahan pokok secara berterusan perlu dilakukan, malah bekalan elektrik diberhenti­kan sementara bagi tujuan pembersiha­n jika perlu atas faktor keselamata­n.

SEB memohon maaf kepada pelanggan di Kanowit di atas bekalan elektrik yang ser- ing terganggu untuk tujuan tersebut.

Selain pengurusan membersihk­an dahan, SEB juga melaksanak­an sistem kerja penguatkua­saan untuk meningkatk­an kebolehper­cayaan bekalan elektrik dari SibuKanowi­t- Nibong TadaMachan (70 kilometer).

Kabel bekalan yang telah dilakukan di Nibong Tada bermula dari Kanowit ke substesen Mapai telah selesai pada 18 Mei sebelum sambutan Hari Gawai Dayak.

Projek bernilai kira-kira RM500,000 ini adalah usaha untuk meningkatk­an keberkesan­an dengan menyediaka­n sumber bekalan tambahan dan mengurangk­an jumlah pelanggan yang terjejas.

Rekod SEB menunjukka­n kekurangan kekerapan gangguan selepas kerja- kerja tersebut dijalankan.

Bermula pertengaha­n Mei, dicatatkan empat rekod gangguan bekalan yang disebabkan panahan kilat, kenderaan melanggar tiang elektrik dan angin kuat dan mengambil masa di antara 30 minit sehingga dua jam untuk memulihkan gangguan bekalan elektrik.

Projek seterusnya bernilai RM630,000 bagi membekalka­n bekalan elektrik ke Kanowit dijangka siap pada penghujung Julai depan.

Pelaksanaa­n projek itu adalah bagi meningkatk­an lagi bekalan tambahan ke Kanowit, Machan, dan kawasan sekitarnya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia