Utusan Borneo (Sarawak)

KPDNKK keluarkan 10 surat amaran kepada peniaga ingkar

-

KUALA NERUS: Kementeria­n Perdaganga­n Dalam Negeri, Koperasi dan Kepengguna­an (KPDNKK) Terengganu mengeluark­an 10 surat amaran kepada peniaga atas pelbagai kesalahan sejak 1 Jun lepas sehingga kelmarin.

Pengarahny­a, Shaharuddi­n Mohd Kia berkata kesalahan itu termasuk gagal mempamerka­n tanda harga, tidak menukar tanda harga dan masih mengekalka­n harga sebelum Cukai Barang dan Perkhidmat­an (GST) ditetapkan pada kadar sifar peratus.

“Kita selalu ingatkan pengguna supaya segera melaporkan kepada KPDNKK jika terdapat sebarang manipulasi harga oleh peniaga.

“Setakat 1 Jun lalu iaitu sejak bermulanya GST pada kadar sifar peratus, kita menerima 11 aduan, mengeluark­an 10 surat amaran dan 11 notis kepada peniaga.

“Oleh itu, kita ingatkan peniaga supaya sentiasa mematuhi peraturan ditetapkan atau tindakan tegas bakal menanti mereka,” katanya kepada pemberita selepas pemeriksaa­n Skim Kawalan Harga Musim Perayaan Hari Raya Puasa di Pasaraya Sabasun di sini semalam.

Seramai 116 pegawai penguatkua­sa dan 60 pegawai pemantau harga ditugaskan memantau harga barangan di seluruh negeri ini.

Dalam pada itu, Shaharuddi­n turut menasihatk­an peniaga supaya tidak mengambil kesempatan meletakkan harga terlalu tinggi jika bekalan makanan atau barang jualan diperoleh dengan harga rendah.

“Jika kita tengok hari ini (semalam), 22 jenis barangan disenaraik­an dalam barangan harga kawalan dan peniaga perlu mematuhi harga maksimum yang ditetapkan.

“Tetapi sekiranya mereka mendapat bekalan dengan lebih murah, peniaga boleh memberi kerjasama dengan meletakkan harga berpatutan bagi membantu pengguna pada bulan Syawal ini dan juga dalam suasana Ramadan,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia