Utusan Borneo (Sarawak)

Suami isteri maut selepas beli juadah berbuka puasa

-

BESUT: Sepasang suami isteri maut manakala anak lelakinya cedera ketika dalam perjalanan pulang selepas membeli juadah untuk berbuka puasa di Kampung Tempinis dekat Renek di sini kira- kira jam 6.30 petang kelmarin

Mangsa dikenali sebagai Mat Halimi Ibrahim, 31 yang menunggang motosikal dan isterinya yang membonceng dikenali se- bagai Nik Malini Nik Omar, 31, dan anak mereka yang cedera, Mohd Haziq Daniel yang juga murid Tahun 2 Sekolah Kebangsaan Tempinis.

Ketua Polis Daerah Besut, Superinten­den Mohd Zamri Mohd Rowi memberitah­u sebelum kejadian, pasangan suami isteri itu bersama anak mereka telah pergi ke bazar Ramadan di Kampung Tembila kira- kira lima kilometer dari tempat kejadian untuk membeli juadah berbuka puasa.

Katanya, setelah membeli ketiga- tiga mangsa telah balik ke rumahnya yang terletak di Kampung Tempinis melalui jalan Kampung Tembila- Kampung Renek untuk membuat persiapan berbuka puasa.

“Ketika motosikal yang dinaiki tiga beranak itu sampai di Kampung Tempinis tiba- tiba sebuah kereta yang datang dari arah bertentang­an, dipandu oleh Mohd Noor Zakiman Ibrahim, 49, telah terbabas ke kanan jalan sebelum melanggar motosikal yang dinaiki tiga beranak itu,” katanya kepada pemberita di sini semalam.

Mohd Zamri memberitah­u akibat perlanggar­an itu Mat Halimi meninggal dunia di tempat kejadian manakala isterinya meninggal dunia ketika sedang menerima rawatan di Kelinik Kesihatan Jabi kirakira 30 minit kemudian.

“Anak mangsa Mohd Haziq Daniel pula telah dikejarkan ke Hospital Daerah Besut setelah diberikan rawatan awal di Klinik Kesihatan Jabi Bagaimanap­un keadaannya dikatakan stabil,” ujar Mohd Zamri lagi.

Katanya, kematian kedua suami isteri itu adalah disebabkan patah leher dan cedera teruk pada tulang rusuk dan kaki. Bagaiamana­pun pemandu kereta berasal dari Kampung Jabi hanya mengalami cedera di kepala.

Katanya, kes kemalangan itu disiasat di bawah Seksen 41( 1) Akta Pengangkut­an Jalan 1987.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia