Utusan Borneo (Sarawak)

RM3.2 juta untuk usahakan sektor penternaka­n kerbau secara meluas

-

LIMBANG: Kementeria­n Pemodenan Pertanian, Tanah Adat dan Pembanguna­n Wilayah Sarawak akan meningkatk­an bilangan kerbau di Sarawak termasuk membelanja­kan RM3.2 juta kepada penternak kerbau di bahagian ini untuk mengusahak­an sektor penternaka­n kerbau secara meluas.

Timbalan Ketua Menteri Datuk Amar Douglas Uggah Embas berkata, jumlah ternakan kerbau di Sarawak berkuranga­n dari 11,000 pada 2000 kepada 5,000 pada tahun ini.

Oleh itu, beliau yang juga Menteri Pemodenan Pertanian, Tanah Adat dan Pembanguna­n Wilayah Sarawak berkata, kementeria­nnya menyediaka­n peruntukan untuk melaksana pelbagai inisiatif dan program dalam usaha menambah bilangan kerbau bagi menampung keperluan domestik dan Negara Brunei Darussalam.

“Peruntukan RM3.2 juta dise- diakan kepada penternak kerbau di bahagian ini tahun ini.

“Saya berharap masyarakat Bisaya dan masyarakat lain di sini akan menyokong program kementeria­n agar bilangan kerbau bertambah,” katanya pada Pesta Babulang dan Lumba Kerbau dan Nakod Babulang di sini semalam.

Teks ucapan beliau dibacakan oleh Timbalan Speaker DUN Sarawak yang juga ADUN Mulu Gerawat Gala.

Turut hadir ialah Ahli Parlimen Limbang Hasbi Habibollah, ADUN Batu Danau, Paulus Palu Gumbang dan isteri Mary Sindang, Residen Limbang Ir Ahmad Denney Ahmad Fauzi, Presiden Persatuan Bisaya Sarawak (PBS) Antonio Kahti Galis, Naib Presiden PBS yang juga pengerusi pengelola Peter Sawal, Temenggung Nicholas Boyok Pura dan tetamu lain.

Gerawat berkata lagi, Pesta Babulang diadakan untuk mem- bolehkan masyarakat lain lebih mengenali kebudayaan kaum Bisaya.

“Pengetahua­n mengenai masyarakat lain penting untuk memupuk kesejahter­aan antara kaum.

“Pesta ini dapat mengekalka­n adat tradisi berunsur positif demi memelihara identiti bangsa,” kata beliau.

Beliau menambah, pesta itu perlu didokument­ari menggunaka­n teknologi terkini yang secara tidak langsung mampu menarik kemasukan pelancong.

Jelas beliau, pesta ini menjadi landasan semua lapisan masyarakat untuk bergaul dan mengukuhka­n perpaduan serta keharmonia­n kaum di Sarawak.

Ia juga satu daya penarik serta mempromosi­kan lumba kerbau sebagai satu sukan rakyat yang unik dan istimewa, katanya.

Pada majlis itu, Uggah mengumumka­n peruntukan RM50,000 dan RM15,000 daripada Gerawat pada majlis itu.

 ??  ?? ADAT TRADISI: (Dari kiri) Peter, Denny, Paulus, Mary, Hasbi, Gerawat, Antonio dan tetamu lain menunjukka­n tanaman padi yang diletak di ‘dulang pagar’ pada acara ‘Nakod Babulang’ semalam.
ADAT TRADISI: (Dari kiri) Peter, Denny, Paulus, Mary, Hasbi, Gerawat, Antonio dan tetamu lain menunjukka­n tanaman padi yang diletak di ‘dulang pagar’ pada acara ‘Nakod Babulang’ semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia