Utusan Borneo (Sarawak)

Laporan polis sudah dibuat atas dakwaan harga pesawat pengawasan udara canggih buatan Austria itu terlalu mahal

- Oleh Jessica Jawing

KUCHING: ADUN Batu Lintang See Chee How dijangka hadir ke Suruhanjay­a Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) pada Isnin ini berhubung isu pembelian pesawat peninjau udara, DA42M-NG Diamond.

Malah katanya, beliau mungkin membuat aduan mengenai pembelian pesawat pengawasan udara yang canggih itu jika perlu kerana mendakwa harganya yang dianggap terlalu tinggi.

“Saya tidak tahu sama ada Jabatan Audit Negara dan Sarawak telah mengaudit pembelian pesawat ini.

“Saya juga tidak mengetahui sama ada SPRM telah mengambil kognisi atau notis laporan akhbar sebelum ini dan membuka fail ke atasnya untuk menjalanka­n siasatan yang diperlukan.

Saya tidak tahu sama ada Jabatan Audit Negara dan Sarawak telah mengaudit pembelian pesawat ini.

Jika perlu, saya akan membuat aduan untuk membantu siasatan,” ujarnya.

Beliau berkata demikian selepas membuat laporan polis berhubung pembelian pesawat peninjau, DA42MNG Diamond yang digunakan Jabatan Hutan Sarawak (JHS) di Pusat Sehenti Polis di sini, semalam.

Tujuan laporan polis tersebut dibuat agar satu siasatan polis dapat dijalankan mengenai sama ada terdapat individu atau syarikat swasta terlibat dalam transaksi pembelian pesawat itu.

Tambah See yang juga Naib Pengerusi PKR Sarawak, hasil kajian mendapati kerajaan membayar jumlah yang agak besar bagi pesawat buatan Austria tersebut yang diintegras­ikan bersama teknologi pencerapan hiperspekt­ral.

“Bagi model pelbagai rangkaian untuk pesawat Diamond seperti yang dicadangka­n menteri sebelum ini, ia adalah antara RM3.5 juta hingga RM6 juta.

“Maka itu saya menyeru kepada Jabatan Audit sebelum ini untuk mengaudit pembelian pesawat ini yang dikatakan berharga RM35 juta,” katanya.

Sebelum ini, pada Oktober tahun lepas, Datuk Seri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar ketika itu Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar mengumumka­n bahawa Sarawak akan menjadi yang pertama di negara ini untuk memiliki pesawat peninjau seumpama itu.

Beliau berkata, pesawat bernilai RM35 juta itu akan dihantar kepada kerajaan Sarawak untuk digunakan JHS membuat pemantauan serta dan mengekang aktiviti curi balak di Sarawak sejurus selepas butiran akhir mengenai penyelengg­araan pesawat yang sesuai dengan keperluan negara telah dipersetuj­ui dengan pengeluarn­ya.

Model pesawat misi khas empat tempat duduk itu dikonfigur­asi untuk pengawasan udara selain tujuan pemetaan dan ia dapat memuatkan dua juruteknik dan dua juruterban­g dalam setiap misi.

See Chee How ADUN Batu Lintang

 ??  ?? LAPORAN: See (dua kiri) bersama yang lain menunjukka­n laporan polis berhubung pembelian pesawat peninjau udara DA42M-NG Diamond di hadapan Pusat Sehenti Polis di Kuching, semalam.
LAPORAN: See (dua kiri) bersama yang lain menunjukka­n laporan polis berhubung pembelian pesawat peninjau udara DA42M-NG Diamond di hadapan Pusat Sehenti Polis di Kuching, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia