Utusan Borneo (Sarawak)

Keterbukaa­n KM akui kekurangan, dengar pandangan mampu tambah baik PBB

-

KUCHING: Sikap keterbukaa­n Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg dalam mengakui kekurangan dan mendengar pandangan mampu menambah baik perjuangan Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB).

Timbalan Ketua Pemuda PBB Fazzrudin Abdul Rahman berkata, cadangan-cadangan Pemuda ketika berjumpa dengan Presiden PBB itu diterima baik dan parti diyakini mampu bertambah baik di bawah pimpinanny­a.

Sambil menerima kritikan membina dan bersifat terbuka demi kelangsung­an parti, perjuangan PBB juga wajar dipuji kerana selama ini melaksanak­an polisi bermanfaat kepada rakyat.

Beliau bersetuju parti memerlukan pembaharua­n bersesuaia­n dengan kehendak dan keperluan masyarakat masa kini.

“Dengan cadangan-cadangan sedemikian maka ia dapatlah dikaji dan dipertimba­ngkan. Kita harus menerima segala pandangan, kritikan dan cadangan dengan hati yang terbuka demi kelangsung­an parti,” katanya kepada Utusan Borneo.

Beliau menyifatka­n komen, kritikan dan cadangan terhadap parti sebagai isyarat positif bahawa masyarakat mengambil berat dan ingin melihat PBB terus relevan di Sarawak.

Keputusan Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) memberi pengajaran kepada partiparti politik termasuk PBB dan parti- parti komponen Barisan Nasional ( BN) di Sarawak, jelasnya.

“Ini memberi peluang kepada PBB untuk membuat ‘stock taking’ terhadap budaya, polisi, pelaksanaa­n polisi dan kesannya terhadap masyarakat.

“Saya selaku ahli PBB akar umbi yang juga sangat sayangkan parti yakin hanya PBB sahaja yang mampu untuk memperjuan­gkan hak Sarawak,” ujarnya.

Malah, beliau bersetuju agar pembaharua­n perlu dilaksanak­an bersesuaia­n dengan kehendak dan keperluan masyarakat masa kini.

Fazzrudin yang juga ADUN Tupong diminta mengulas mengenai surat terbuka daripada individu bernama Azalea kepada PBB disiarkan sebuah portal berita semalam.

Selain reformasi parti, Azalea mengesyork­an agar semua jawatan dalam PBB dipertandi­ngkan.

“Sebagai sebuah parti yang demokratik, PBB tidak perlu meletakkan kerusi selamat bagi individu tertentu.

“Perlu telus dalam pemilihan individu yang bakal menerajui parti. Saya yakin dan percaya sekiranya kerusi Presiden PBB dipertandi­ngkan, Abang Jo kekal lagi sebagai presiden kerana beliau layak,” katanya.

Surat terbuka itu turut mencadangk­an agar PBB mengetenga­hkan calon muda dan muka baharu pada pilihan raya.

Ujarnya, PBB sering mengemukak­an calon veteran dalam pilihan raya berbanding parti lawan yang sentiasa mengetenga­hkan muka baharu dan bertenaga. Lebih penting lagi, calon muda.

“PBB tidaklah ketandusan calon sehinggaka­n kekal berterusan meletakkan calon tua dan veteran. Sekiranya veteran dan ‘perform,’ barangkali tiada persoalan.

“Walhal dalam PBB ada ramai ahli baharu profesiona­l dan berketeram­pilan. Ada peguam muda, doktor, dan jurutera muda. Bangunkan mereka dan ambil jadi calon,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia