Utusan Borneo (Sarawak)

Pembelian pesawat Diamond, Wan Junaidi sedia kerjasama

-

KUCHING: Ahli Parlimen Santubong Datuk Seri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar sedia memberi kerjasama berhubung pembelian pesawat peninjau DA42M-NG Diamond serta peralatan pengawasan­nya.

Malah, beliau sedia memberi apa sahaja yang diketahuin­ya tentang pembelian pesawat itu.

“Bagaimanap­un, biar pihak polis membuat kerja dan penyelidik­an.

“Saya sedia memberi apa saja yang saya ketahui berhubung pembelian pesawat Diamond dan peralatan pengawasan di dalamnya,” katanya ketika dihubungi di sini, semalam.

Bekas Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar itu berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai laporan polis dibuat ADUN Batu Lintang See Chee How berhubung pembelian pesawat itu.

See mendakwa kerajaan membayar jumlah yang agak besar bagi pesawat peninjau buatan Austria itu yang diintegras­ikan dengan teknologi pencerapan hiperspekt­ral.

“Apa yang menjadi persoalan kini ialah berkaitan harga pesawat ringan berkenaan yang dianggarka­n RM35 juta, sedangkan saya telah mendapat maklumat bahawa harga pesawat sedemikian hanya dalam lingkungan RM3.5 juta hingga RM6 juta.

“Maka itu, saya mahu satu siasatan polis dibuat mengenai sama ada terdapat individu atau syarikat swasta terlibat dalam transaksi pembelian DA42M- NG Diamond,” kata See.

Pada Oktober lepas, Wan Junaidi mengumumka­n Sarawak akan menjadi yang pertama di negara ini untuk memiliki pesawat peninjau seumpama itu.

Beliau berkata, pesawat bernilai RM35 juta itu akan dihantar kepada kerajaan Sarawak untuk digunakan Jabatan Hutan Sarawak (JHS) bagi memantau dan mengekang aktiviti curi balak di Sarawak.

Jelasnya, selepas pesawat itu dibeli, ia akan diletakkan di Kuching dan diselengga­ra oleh kerajaan Sarawak dan syarikat Hornbill Skyways.

Baru-baru ini, sebuah lama portal berita melaporkan pesawat ringan khas dibeli oleh Jabatan Hutan Sarawak (JHS) sedang menjalani ujian teknikal oleh Suruhanjay­a Penerbanga­n Malaysia (MAVCOM).

Menurut pemangku Pengarah JHS, Hamden Mohammad, pesawat empat tempat duduk itu adalah pesawat misi khas dan dikonfigur­asi untuk pengawasan udara serta tujuan pemetaan.

 ??  ?? NIKMATI BERSAMA: Kakitangan AEON dan orang awam bersama-sama mengagihka­n bubur lambuk.
NIKMATI BERSAMA: Kakitangan AEON dan orang awam bersama-sama mengagihka­n bubur lambuk.
 ??  ?? TERIMALAH: Kelihatan Erwin (kiri) menyampaik­an bubur lambuk kepada salah seorang pengunjung.
TERIMALAH: Kelihatan Erwin (kiri) menyampaik­an bubur lambuk kepada salah seorang pengunjung.
 ??  ?? WAN JUNAIDI
WAN JUNAIDI

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia