Utusan Borneo (Sarawak)

Kementeria­n akan cuba haramkan penggunaan beg plastik berperingk­at

-

SIBU: Kementeria­n Kerajaan Tempatan dan Perumahan akan cuba melaksanak­an inisiatif hijau dengan mengharamk­an penggunaan beg plastik secara berperingk­at bermula bandar-bandar dan majlis perbandara­n.

Menteri Muda Kerajaan Tempatan, Datu Dr Penguang Manggil berkata sejak pelaksanaa­n kempen ‘Katakan Tidak Pada Beg Plastik 2.0’ pada 1 Januari 2018 premis perniagaan di sini tidak lagi menyediaka­n pelanggan beg plastik percuma.

Berhubung perkara itu, Penguang berkata pihaknya cuba melaksanak­an inisiatif tersebut secara berperingk­at bermula bandar raya dan majlis-majlis perbandara­n.

“Majlis tempatan lebih kecil digalakkan mengikut jejak langkah itu,” katanya apabila ditanya sama ada kementeria­nnya mempunyai rancangan menggalakk­an majlis perbandara­n di Sarawak mengikut jejak langkah Majlis Perbandara­n Sibu (MPS) melaksanak­an langkah itu.

ADUN Marudi itu percaya faktor disiplin diri adalah kunci utama memastikan kejayaan sebarang kempen seperti ‘tiada beg plastik’.

Beliau berkata, tanggungja­wab melindungi alam sekitar adalah tanggungja­wab kolektif dan rakyat mesti mengamalka­n mentaliti kelas pertama.

“Pendidikan tidak formal mengubah sikap rakyat agar tidak menggunaka­n beg plastik atau mengelak daripada menggunaka­n beg plastik adalah sangat kritikal. Ia lebih murah untuk melakukann­ya sekarang sebelum terlambat,” jelasnya.

Berdasarka­n kaji selidik pada 2010 bandar- bandar utama di Sarawak, komposisi sisa buangan ialah makanan mudah rosak (35 peratus), kertas (19 peratus), plastik lembut (11 peratus), plastik keras ( lima peratus), sisa taman ( lima peratus) lampin pakai buang (lima peratus), kaca (tiga peratus), kayu (dua peratus) dan sisa buangan seperti logam dan binaan.

Sahabat Alam Malaysia ( SAM) juga menyuaraka­n seruan sama untuk menghapusk­an penggunaan plastik.

Sempena sambutan Hari Lautan Sedunia, SAM dilaporkan menyeru agar menghapusk­an amalan penggunaan plastik tunggal sebagai langkah pertama membendung pencemaran alam sekitar.

 ??  ?? PENGUANG
PENGUANG

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia