Utusan Borneo (Sarawak)

AEON agih 1,500 bungkusan bubur lambuk di AEON Mall Kuching Central

-

KUCHING: AEON CO. (M) BHD (AEON) mengagihka­n 1,500 bungkusan bubur lambuk kepada pengunjung AEON Mall Kuching Central, semalam.

Pengurus AEON Mall Kuching Central Erwin Octavious berkata, seramai 30 kakitangan bersama sukarelawa­n tempatan, Ahli Jawatankua­sa Masjid Batu Kawa, kakitangan pihak berkuasa tempatan ( PBT) serta Polis Diraja Malaysia (PDRM) menyertai aktiviti membuat bubur lambuk tersebut.

“Sejak dari jam 10 pagi lagi kami telah bersedia dan berkampung di sini untuk membuat bubur lambuk yang mana bahan- bahan- nya telah disediakan oleh AEON sendiri,” katanya pada Majlis Agihan Bubur Lambuk Cook-Outs di sini, semalam.

Ia merupakan antara 30,000 bubur lambuk yang disedia serta diagihkan dengan kerjasama 650 sukarelawa­n secara serentak pada 2 Jun lepas di 22 AEON Mall dan empat lagi di seluruh negara, semalam.

Erwin berkata, acara tersebut bukan sekadar sebagai sambutan Ramadan, malah usaha pihaknya untuk merapatkan silaturahi­m di kalangan pengunjung pusat beli-belah itu disini.

Sementara itu, Pengarah Eksekutif AEON, Poh Ying Loo berkata, acara semalam tidak mungkin berjaya tanpa sokongan komuniti tempatan.

“Kami bangga untuk menjadi jenama yang dekat di hati komuniti iaitu pelanggan. Sememangny­a, kami mengadakan peluang bersosial ini untuk mengukuhka­n lagi hubungan dalam membantu dan menggalakk­an kehidupan berkomunit­i.

“Acara bubur lambuk merupakan salah satu inisiatif yang dilaksana untuk menjadikan bulan Ramadan lebih seronok dan gembira bagi semua orang,” katanya lagi.

Turut hadir mengagihka­n bubur lambuk ialah Pembantu Pengurus Jualan AEON Kuching Central Farah Hanim Mohd Dexter Howell.

 ??  ?? USAHA MURNI: Sukarelawa­n bergambar beramai-ramai sebagai tanda kenangan setelah selesai menyediaka­n hidangan bubur lambuk semalam.
USAHA MURNI: Sukarelawa­n bergambar beramai-ramai sebagai tanda kenangan setelah selesai menyediaka­n hidangan bubur lambuk semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia