Utusan Borneo (Sarawak)

Umat Islam perlu kembali hayati, kaji kitab suci untuk menguasai semula ilmu pengetahua­n dan tamadun: Awang Tengah

- Oleh Mastura Ismail

LAWAS: Umat Islam diingatkan sentiasa berpegang teguh kepada kitab suci al-Quran dan sunah Rasulullah SAW sebagai panduan untuk kehidupan dunia dan akhirat.

Timbalan Ketua Menteri Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan berkata, al-Quran adalah panduan kehidupan dan petunjuk ke jalan yang benar.

“Kitab suci itu bukan sahaja untuk dibaca tetapi juga difahami dan diperluask­an dengan menerangka­nnya kepada masyarakat Islam,” ujarnya pada Majlis Khatamal AlQuran Daerah Lawas anjuran PERKIM Cawangan Lawas semalam.

Beliau yang juga Menteri Pembanguna­n Bandar dan Sumber Asli Kedua, Menteri Pembanguna­n Perindustr­ian dan Usahawan Sarawak berkata, umat Islam pada suatu ketika dahulu menguasai ilmu pengetahua­n dan tamadun kerana kegigihan mereka mengkaji ilmu yang terkandung di dalam al-Quran.

“Namun, perubahan dan keselesaan telah menyebabka­n mereka mula leka hingga pihak barat pula amat cenderung untuk mengkaji isi kandungan al-Quran yang membolehka­n mereka menguasai pelbagai ilmu pada hari ini,” ujarnya lagi.

Umat Islam katanya, perlu kembali menghayati dan mengkaji isi kandungan al-Quran dalam usaha memertabat­kan pengetahua­n dalam al-Quran untuk menjadi pedoman ke- jayaan kehidupan di dunia dan akhirat.

Pada masa yang sama, beliau menyeru agar institusi kekeluarga­an diperkukuh­kan dengan pegangan agama yang lebih erat.

“Penguasaan ilmu agama penting bagi mengelak generasi muda terjerumus dalam masalah sosial yang semakin membimbang­kan seperti penyalahgu­naan dadah dan masalah sosial lain.

“Kita tidak boleh meletakkan sepenuh tanggungja­wab kepada pihak lain seperti polis dan sebagainya untuk menjaga anak-anak kita,” ujar beliau lagi.

Terdahulu, Pengerusi PERKIM Cawangan Lawas Datuk Dayang Morliah Datuk Awang Daud melahirkan rasa syukur atas penyertaan yang membanggak­an dalam program tahunan PERKIM Cawangan Lawas iaitu majlis khatam al-Quran.

Beliau menyeru agar masyarakat Islam di daerah ini terus mendekatka­n diri dengan alQuran sepanjang masa, bukan pada bulan Ramadan sahaja.

Hadir sama Ahli Parlimen Lawas Datuk Henry Sum Agong, Pegawai Daerah Lawas Husaini Hakim, Pengetua Pusat Latihan JAKIM Lawas Ustaz Sheikh Hezdrei Adam dan Pegawai Agama Islam Daerah Lawas Ustaz Asyikur Rahman.

Seramai 1,300 peserta menyertai majlis itu semalam.

 ??  ?? UNTUK KENANGAN: Awang Tengah (duduk depan, lapan kanan) dan isteri Dayang Morliah (duduk depan, lima kanan) serta sebahagian peserta merakamkan kenangan pada Majlis Khatamal Al-Quran Daerah Lawas, semalam.
UNTUK KENANGAN: Awang Tengah (duduk depan, lapan kanan) dan isteri Dayang Morliah (duduk depan, lima kanan) serta sebahagian peserta merakamkan kenangan pada Majlis Khatamal Al-Quran Daerah Lawas, semalam.
 ??  ?? PERIKSA: Roslee (tengah) dan Timbalan Ketua KPDNKK Sibu, Ganda Jirap (kiri) membuat pemeriksaa­n salah sebuah gerai menjual ayam segar di Pasar Sentral Sibu semalam.
PERIKSA: Roslee (tengah) dan Timbalan Ketua KPDNKK Sibu, Ganda Jirap (kiri) membuat pemeriksaa­n salah sebuah gerai menjual ayam segar di Pasar Sentral Sibu semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia