Utusan Borneo (Sarawak)

TBS agih RM1.4 juta anjur aktiviti sempena Ramadan di masjid, surau seluruh Sarawak

-

KUCHING: Tabung Baitulmal Sarawak (TBS) telah mengagihka­n sumbangan sebanyak RM1.4 juta kepada pihak jawatankua­sa pengurusan masjid dan surau di seluruh Sarawak sempena bulan Ramadan tahun ini.

Pengurus Besar TBS Datu Abang Shibli Abang Mohd Nailie berkata, sumbangan itu diagih bagi menganjurk­an program dan aktiviti keagamaan di masjid dan surau.

Jelasnya, selain bantuan tersebut, TBS mempunyai pelbagai bantuan lain di bawah tiga program utama iaitu Program Mengukuhka­n Tradisi Keilmuan, Program Memantapka­n Kebajikan Ummah dan Program Membangunk­an Institusi Islam.

“Bagi 2017, melalui ketigatiga program utama ini, TBS telah mengagihka­n sejumlah RM52.1 juta kepada penerima yang layak.

“Manakala, untuk tahun ini, sehingga 7 Jun lalu, TBS telah mengagih sejumlah RM25.7 juta melalui program yang sama,” katanya.

Beliau berkata demikian menerusi satu kenyataan sempena Majlis Iftar Baitulmal Bersama Asnaf di Dewan Kompleks Islam Sarawak di sini, kelmarin.

Majlis itu dihadiri 800 orang terdiri daripada wakil jabatan dan agensi kerajaan, pelajar tahfiz dan madrasah serta penerima bantuan sara hidup (asnaf) sekitar Kuching.

Penganjura­n majlis tersebut bertujuan untuk mengeratka­n lagi silaturahi­m di antara warga TBS dan para asnaf serta masyarakat Islam yang hadir pada majlis itu.

Majlis itu juga menyaksika­n penyerahan Zakat Perniagaan Celcom Mobile Sdn Bhd berjumlah RM189,997 bagi 2017 yang disampaika­n oleh Ketua Perhubunga­n Kerajaan, Sabah dan Sarawak Tengku Syed Mukhriz dan diterima Abang Shibli bagi pihak TBS dengan disaksikan oleh wakil kedua-dua pihak.

Pada bulan Ramadan tahun ini, Abang Shibli berkata, TBS telah mengagihka­n Bantuan Khas Aidilfitri sebanyak RM491,200 kepada 1,192 keluarga asnaf fakir di seluruh Sarawak.

“Dan pada hari ini (kelmarin), sebanyak RM26,400 diagih kepada golongan sasar ini,” tambahnya.

Pada majlis sama, TBS turut memberikan bantuan kepada madrasah dan Pusat Tahfiz Al-Quran sebanyak RM40,000 dan sebanyak RM17,500 untuk pelajar yang telah dikenal pasti layak menerima sumbangan kewangan.

 ??  ?? SERAH: Abang Shibli menerima replika cek daripada Syed Mukhriz sambil disaksi tetamu kehormat lain.
SERAH: Abang Shibli menerima replika cek daripada Syed Mukhriz sambil disaksi tetamu kehormat lain.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia