Utusan Borneo (Sarawak)

Restoran Al-Asna sedia 168 pek sumbangan kepada lima kampung

-

MIRI: Menjelang sambutan Hari Raya Aidilfitri, Restoran Al-Asna Sdn Bhd (Cawangan Fairuz) di Mosjaya, Riam menyediaka­n 168 pek sumbangan barangan keperluan kepada masyarakat Muslim di lima kampung di sini.

Daripada jumlah itu, seramai 133 penerima daripada empat kampung iaitu Lopeng Tengah, Lembah Hijau, Riam Jaya dan Luak/Lusut menerima sumbangan di premis itu semalam disampaika­n oleh Pengurus Restoran, Asna Marikan.

Asna berkata, tahun ini merupakan tahun kelima mereka mengadakan inisiatif itu sebagai salah satu projek komu- niti menyampaik­an barang keperluan kepada masyarakat Muslim yang memerlukan.

“Program ini dapat menonjolka­n nilai-nilai murni berkongsi nikmat rezeki dan diharap dengan sumbangan ini menceriaka­n suasana Hari Raya Aidilfitri nanti.

“Senarai penerima bantuan semakin bertambah setiap tahun dan mereka menerima sumbangan berupa beras, gula, mi, kurma dan lain-lain,” katanya di sini semalam.

Tambah Asna, program itu juga sebagai tanda apresiasi sokongan diberi masyarakat setempat terhadap perniagaan mereka selama 30 tahun ini.

“Terima kasih atas sokongan dan kami dapat melebarkan sayap dengan membuka cawangan-cawangan lain selain di Mosjaya antaranya di Permyjaya, Jalan Pelita dan Jalan Parry,” katanya.

Sementara itu, seramai 35 penerima selebihnya dari Kampung Pulau Melayu menerima sumbangan pada hari ini (10 Jun) yang diserahkan di kampung tersebut.

 ??  ?? TERIMALAH: Asna (depan, dua kanan) menyampaik­an sumbangan kepada salah seorang penerima.
TERIMALAH: Asna (depan, dua kanan) menyampaik­an sumbangan kepada salah seorang penerima.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia