Utusan Borneo (Sarawak)

Projek sudah mencapai liputan sebanyak 95 peratus ke arah sasaran 100 peratus menjelang 2025 untuk seluruh Sarawak

- Oleh Sudan Ajang

MIRI: Sarawak Energy Berhad (SEB) akan terus melaksanak­an projek Skim Pembekalan Elektrik Alternatif Luar Bandar Sarawak (SARES) bagi mempercepa­t bekalan elektrik di kawasan pedalaman.

Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) SEB Sharbini Suhaili berkata, ketika ini projek itu sudah mencapai liputan sebanyak 95 peratus untuk seluruh Sarawak.

“Ini sejajar dengan matlamat kami untuk mencapai liputan bekalan elektrik sebanyak 100 peratus menjelang 2025,” katanya berucap pada majlis berbuka puasa bersama Sarawak Energy di Masjid Darul Ehsan, Piasau kelmarin.

Sharbini berkata, pada Mac lepas, SEB turut melancarka­n

Ini sejajar dengan matlamat kami untuk mencapai liputan bekalan elektrik sebanyak 100 peratus menjelang 2025.

beberapa unit 500kVA set jana kuasa bergerak di mana salah satu daripada unit ini ditempatka­n khas untuk Bahagian Miri.

Set jana kuasa bergerak itu bertindak sebagai sumber elektrik alternatif ketika gangguan bekalan elektrik yang dirancang dan yang tidak dirancang selain memperbaik­i serta mempercepa­t watu maklum balas SEB.

Mengenai majlis berbuka puasa itu, Sharbini berkata ia merupakan sebahagian aktiviti tanggungja­wab sosial korporat (CSR) yang dianjur untuk menjalinka­n hubungan silaturahi­m antara semua kakitangan dan masyarakat umum.

“Saya berasa gembira kerana dapat hadir bersama tetamu dan kakitangan organisasi untuk sama- sama berbuka puasa bagi merapatkan hubungan silaturahi­m di samping menyemarak­kan kemuliaan bulan Ramadan al-Mubarak,” katanya.

Pada majlis tersebut, beliau menyampaik­an sumbangan kepada masjid-masjid, surau, ma’ahad tahfiz dan rumah kebajikan sekitar Miri.

Penerima terdiri daripada Masjid An-Naim, Lutong; Masjid An-Nur, Pujut Tanjung Batu, Masjid Nur Hijrah, Pulau Melayu; Masjid Darul Ehsan, Piasau Jaya; Surau Nurul Hidayah, Kampung Haji Wahed; Surau Darul Hijrah, Piasau Utara; Surau Nurul Jamilun Subhi, Pujut Sungai Adong, Surau Hidayahtul­lah, Lereng Bukit; Surau Sinar Islam, Pulau Melayu; Biro Kebajikan dan Anak Yatim Masjid Darul Ehsan, Piasau Jaya, Ma’ahad Tahfiz alQuran dan Persatuan Anak Yatim (PERYATIM).

Hadir sama Ahli Parlimen Miri Dr Michael Teo, ADUN Piasau Datuk Sebastian Ting, Datuk Bandar Miri Adam Yii dan Pengerusi Masjid Darul Ehsan Temenggung Abdul Rahman Fadzail.

Sharbini Suhaili CEO SEB

 ??  ?? ERAT SILATURAHI­M: (Dari empat kiri) Adam, Sebastian, Sharbini, Dr Teo dan Temenggung Abdul Rahman bersama wakil-wakil masjid, surau, pertubuhan kebajikan dan tahfiz bergambar beramai-ramai semasa majlis berbuka puasa anjuran Sarawak Energy Berhad di...
ERAT SILATURAHI­M: (Dari empat kiri) Adam, Sebastian, Sharbini, Dr Teo dan Temenggung Abdul Rahman bersama wakil-wakil masjid, surau, pertubuhan kebajikan dan tahfiz bergambar beramai-ramai semasa majlis berbuka puasa anjuran Sarawak Energy Berhad di...

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia