Utusan Borneo (Sarawak)

Gereja Anglikan berdepan cabaran tarik belia dalam aktiviti, khidmat

-

KUCHING: Gereja Anglikan hari ini berdepan dengan cabaran untuk menarik semula penglibata­n golongan belia dalam aktiviti dan khidmat gereja.

Uskup Gereja Anglikan di Sarawak dan Brunei Rt Rev Danald Jute berkata, usaha menarik belia untuk lebih aktif dalam gereja bukan satu tugas mudah.

“Kita tidak dapat menafikan bahawa di kebanyakan gereja ada yang langsung tidak ada apa-apa aktiviti dijalankan untuk belia.

“Ini adalah sebab mengapa belia kita semakin jauh daripada aktiviti dan khidmat gereja,” katanya dalam Forum Ulang Tahun Ke-170 Gereja Anglikan di sebuah hotel terkemuka di sini semalam.

Tambah Danald, disebabkan bimbingan yang tidak cukup untuk belia daripada gereja di kawasan masingmasi­ng, golongan ini akan tawar hati.

“Kita hanya melemahkan diri kita sendiri, golongan muda termasuk Tuhan,” kata Danald yang bimbang akan masa depan Gereja Anglikan.

Justeru, beliau mengajak semua gereja-gereja terutama 40 gereja Anglikan di Sarawak dan Brunei untuk melihat dan mencari jalan bagaimana dapat membawa kembali belia mendekati Tuhan.

“Semua kita mempunyai peranan untuk dimainkan dan sentiasa beringat untuk bekerja sebagai satu kumpulan,” ujarnya di hadapan lebih 1,000 delegasi yang menghadiri forum tersebut.

Sementara itu, Rev An- drew Shie daripada Brunei berkata, tujuan gereja adalah untuk melayani rakyat dari kanak-kanak hingga tua tetapi golongan muda adalah fokus masa kini.

“Selepas golongan muda belia melepasi peringkat pengesahan di gereja, mereka sukar dilihat di gereja termasuk pada Misa Ahad,” katanya.

Sehubungan itu, Andrew menggesa pihak gereja untuk mengambil pendekatan yang lebih baik dalam membimbing­an para belia agar terus aktif dalam gereja.

Selain itu, ibu bapa katanya, juga perlu memainkan peranan mereka dalam membimbing anak-anak mereka agar tidak terpesong daripada ajaran gereja.

 ?? — Gambar Muhammad Rais Sanusi ?? TERTARIK: Para delegasi melihat pameran mengenai sejarah Gereja Anglikan di Sarawak dan Borneo sempena Forum Ulang Tahun Ke-170 di Kuching, semalam.
— Gambar Muhammad Rais Sanusi TERTARIK: Para delegasi melihat pameran mengenai sejarah Gereja Anglikan di Sarawak dan Borneo sempena Forum Ulang Tahun Ke-170 di Kuching, semalam.
 ?? — Gambar Muhammad Rais Sanusi ?? TARIK BELIA: Danald (empat kanan) menyertai lebih 1,000 delegasi pada forum di Kuching semalam sempena ulang tahun ke-170 Gereja Anglikan.
— Gambar Muhammad Rais Sanusi TARIK BELIA: Danald (empat kanan) menyertai lebih 1,000 delegasi pada forum di Kuching semalam sempena ulang tahun ke-170 Gereja Anglikan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia