Utusan Borneo (Sarawak)

Achmadi Ahmad, penjual samosa berpakaian anime Kakashi Hatake kejutkan pengunjur di Bazar Ramadan Serian

- Oleh Henrietta Liza

KUCHING: Penjual samosa berpakaian anime Kakashi Hatake, salah satu watak animasi siri manga kartun Jepun, ‘Naruto Shippuden’ mengejutka­n pengunjung di Bazar Ramadan Serian, petang kelmarin.

Achmadi Ahmad, 25, merupakan pengusaha samosa sejuk beku bersama rakan sebayanya, Nazukin Ahmad namun yang pada musim Ramadan produk mereka yang sudah siap digoreng akan dijual kepada pelanggan bagi memudahkan mereka berbuka puasa.

Keghairaha­n beliau berpakaian sedemikian ketika ditanya pemberita adalah kerana dipujuk rakan-rakan dan katanya, beliau selesa berpakaian demikian sekali gus juga cara beliau menarik pelangan untuk mencuba samosa yang dijualnya.

“Saya menerima cabaran daripada rakan-rakan termasuk dari Facebook kerana mereka tahu saya mempunyai koleksi pakaian Kakashi. Lagipun, ini caranya saya mempromosi­kan jualan samosa saya yang kelihatan

Permintaan berpakaian begini bukan selalu saya tunaikan, tetapi sekiranya mendapat permintaan dan jika ada aktiviti kanak-kanak dan sebagainya boleh dipertimba­ngkan. Achmadi Ahmad Peniaga

seperti popia berinti daging atau sardin,” jelasnya.

Ditanya mengapa Kakashi menjadi idolanya, Achmadi berkata kerana wataknya seperti seorang ninja dan misteri disebabkan wajahnya tidak pernah ditonjolka­n, namun mempunyai jiwa yang baik kerana merupakan seorang ‘sensei’ kepada watak-watak lain.

Pakaian animasi Kakashi Hatake itu, tambahnya dibeli dari ibu kota dengan harga kira-kira RM450.

Walaupun mungkin tidak bersesuaia­n dengan cuaca di sini tetapi disebabkan minat mendalam terhadap watak itu sejak kecil, beliau sanggup berhabisan dan menahan kepanasan ketika memakainya.

“Permintaan berpakaian begini bukan selalu saya tunaikan, tetapi sekiranya mendapat permintaan dan jika ada aktiviti kanak-kanak dan sebagainya boleh dipertimba­ngkan,” katanya lagi.

Achmadi mempunyai kole- ksi kartun animasi yang pelbagai termasuk watak Kakashi Hatake bernilai sekitar RM1,000 dan lain-lain koleksi yang dianggap sangat bermakna dalam hidupnya sejak di bangku sekolah menengah lagi.

Anak muda itu juga mempunyai kebolehan dalam bidang fotografi dan bermain papan selaju, bagaimanap­un berhasrat untuk meneruskan perniagaan samosa sejuk bekunya sehingga berjaya.

Menerusi perniagaan­nya itu, beliau berupaya menjana sekitar RM300 hingga RM500 sehari dan kebiasaann­ya beliau beroperasi dari rumah dan menyediaka­n perkhidmat­an bayaran selepas penghantar­an (COD) ke rumah pelanggan.

 ??  ?? SAMBUTAN HANGAT: Antara pengunjung yang membeli samosa yang dijual Achmadi.
SAMBUTAN HANGAT: Antara pengunjung yang membeli samosa yang dijual Achmadi.
 ??  ?? MENARIK: Achmadi di hadapan gerai menjual samosanya berdekatan Taman Komuniti, Serian.
MENARIK: Achmadi di hadapan gerai menjual samosanya berdekatan Taman Komuniti, Serian.
 ??  ?? UNIK: Achmadi berpakaian lengkap Kakashi seperti seorang Ninja dalam watak kartun animasi bersiri Naruto Shippuden.
UNIK: Achmadi berpakaian lengkap Kakashi seperti seorang Ninja dalam watak kartun animasi bersiri Naruto Shippuden.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia