Utusan Borneo (Sarawak)

JCI Mandarin Repok, Sarikei sertai Persidanga­n Asia-Pasifik di Jepun

-

SARIKEI: Junior Chamber Internatio­nal (JCI) Mandarin Repok, Sarikei bakal menyertai Persidanga­n Asia-Pasifik 2018 di Kagoshima, Jepun pada 24 hingga 27 Jun ini.

Presiden JCI Mandarin Repok, Stella Law berkata program itu anjuran JCI Jepun dan dihadiri sekitar 8,000 ahli-ahli JCI seluruh dunia.

“Pada tahun ini, JCI Malaysia mencatat sejarah tersendiri apabila merangkul lima daripada 18 anugerah dipertandi­ngkan untuk semua JCI berdaftar.

“Anugerah dirangkul ialah ‘Best National Growth and Developmen­t Program’, ‘ Champion of Debating Championsh­ip’, ‘Best Local Peace Project (JCI Tanjung Aru)’, ‘ Most Outstandin­g New Local Organisati­on ( JCI Nibong Tebal)’ dan ‘ Most Outstandin­g New Member (David Lim, JCI Iskandar)’.

“Pencapaian ini amat membanggak­an semua ahli JCI Malaysia dan kita harap lebih banyak pencapaian dinikmati selepas ini,” katanya dalam kenyataan media semalam.

Persidanga­n Asia-Pasifik 2018 menarik seramai 30 negara anggota bersama ke Kagoshima berkongsi acara melalui pertemuan, kursus dan makan malam dan aktiviti lain serta membolehka­n ahliahli merealisas­ikan perusahaan kebangsaan.

Junior Chamber Internatio­nal adalah organisasi antarabang­sa golongan muda berumur 18 hingga 40 ta- hun.

Menurut Stella, tahun ini JCI menyasarka­n menambah lebih banyak ahli baharu mendaftar bagi menyertai JCI.

Katanya, organisasi ini mampu membentuk jati diri dalam aspek kepimpinan dan menjadi landasan ahli-ahli terlibat dunia perniagaan peringkat antarabang­sa.

“Pihak berminat menjadi ahli ataupun mengetahui lebih lanjut mengenai programpro­gram berkaitan JCI boleh hubungi saya sendiri di talian 016-8805894,” katanya.i

 ??  ?? TERUS MAJU: Stella (kanan) bersama ahli-ahli JCI akan berangkat ke Persidanga­n Asia-Pasifik 2018 di Kagoshima, Jepun Jun ini.
TERUS MAJU: Stella (kanan) bersama ahli-ahli JCI akan berangkat ke Persidanga­n Asia-Pasifik 2018 di Kagoshima, Jepun Jun ini.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia