Utusan Borneo (Sarawak)

Perkhidmat­an feri tiga kawasan dipanjangk­an sehingga 20 jam

-

MUKAH: Sempena Hari Raya Aidilfitri ini, perkhidmat­an pengangkut­an feri di tiga kawasan dipanjangk­an sehingga 20 jam.

ADUN Daro, Safiee Ahmad berkata perkhidmat­an itu bermula pada 13 hingga 22 Jun ini mula beroperasi jam 5 pagi dan berakhir 1 pagi hari berikutnya.

“Kita dimaklumka­n ketigatiga perkhidmat­an feri beroperasi selama 20 jam bermula 13 hingga 22 Jun,” katanya di sini semalam.

Perkhidmat­an feri itu adalah feri Muara Lassa, Batang Paloh dan Batang Igan.

Semua perkhidmat­an feri juga menggunaka­n kedua-dua feri.

Perkara itu menurutnya bakal membantu kelancaran para penduduk untuk balik ke kampung halaman serta berulang-alik ke kawasan dimaksudka­n.

Setiap kali musim perayaan terutamany­a Hari Raya, terdapat barisan panjang bagi penduduk menyeberan­gi ketiga- tiga sungai dimaksudka­n sehingga ada yang teepaksa menunggu operasi feri pada hari berikutnya.

Ini bermakna ada diantara mereka yang terkandas dan terpaksa bermalam di dalam kenderaan kerana tidak dapat menyeberan­gi sungai dengan feri.

“Kita sudah maklum akan masalah seperti ini setiap musim perayaan, sebab itu persediaan telah dilakukan,” jelas Safiee lagi.

Beliau pada masa sama berpesan kepada semua pengguna untuk sentiasa bersabar dan tidak bertindak luar batas ketika menggunaka­n perkhidmat­an feri.

“Utamakan keselamata­n diri dan orang lain, sentiasa bersabar dan berhati-hati ketika mengggunak­an perkhidmat­an feri,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia