Utusan Borneo (Sarawak)

KPJ Kuching terus imarah Ramadan, rai 35 anak yatim Pusat Jagaan Nur Murni

-

KUCHING: Kuching Specialist Hospital (KPJ Kuching) terus mengimarah­kan bulan Ramadan menerusi aktiviti mulia dengan meraikan 35 anak yatim Pusat Jagaan Nur Murni di sini, baru-baru ini.

Sumbangan berupa duit raya turut dihulur yang disampaika­n oleh Pengurus Besar KPJ Kuching Nurhazimah Mahat pada Majlis Berbuka Puasa KPJ Kuching bersama pusat jagaan itu.

Menurut Nurhazimah, aktiviti tanggungja­wab sosial korporat (CSR) ini diadakan bagi berkongsi rezeki dengan golongan yang memerlukan, khususnya anak-anak yatim selain beramah mesra dan berbuka puasa dengan penghuni pusat tersebut.

“Misi kami untuk menjadi sebuah hospital yang menawarkan perkhidmat­an kesihatan yang terbaik kepada komuniti tidak akan tercapai jika kita tidak memberi perkhidmat­an ini secara menyeluruh tanpa mengira latar belakang, kaum, bangsa dan agama.

“Oleh sebab itulah kami berada di sini untuk mengenali komuniti setempat supaya kami dapat memberi yang terbaik kepada semua,” katanya.

Beliau berkata, pada penghujung tahun ini, KPJ Kuching dijangka berpindah ke hospital baharu di BDC.

Hospital baharu itu bakal memiliki pelbagai peralatan baharu serta moden seterusnya mampu memberikan perkhidmat­an kesihatan terbaik.

Beliau menyeru agar anakanak yatim di pusat jagaan itu mengambil peluang untuk belajar bersungguh-sungguh dan selanjutny­a berkhidmat dengan KPJ Kuching.

Sementara itu, Pengerusi Pertubuhan Kebajikan dan Pendidikan Nur Murni Noraini Bakiri dalam ucapannya menyambut baik serta melahirkan rasa bersyukur dan berterima kasih kepada pihak KPJ Kuching kerana memilih pusat mereka.

Jelasnya, ini kerana aktiviti seumpama itu secara tidak langsung mampu menghiburk­an anak-anak yatim di bulan Ramadan.

Majlis berbuka puasa itu merupakan acara tahunan KPJ Kuching bagi membantu golongan kurang bernasib baik terutama kanak-kanak.

Pusat Jagaan Nur Murni yang ditubuhkan pada 2 September 2014 merupakan sebuah pusat menanggung dan membiayai anak-anak yatim dari segenap pelosok daerah, di samping memastikan mereka mendapat pendidikan sempurna.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia