Utusan Borneo (Sarawak)

Tanam budaya kitar semula dalam kalangan rakyat

-

ALOR SETAR: Rakyat Kedah digesa menjadikan amalan kitar semula sisa pepejal sebagai budaya bagi memastikan kadar sampah yang dibuang di pusat pelupusan berkuranga­n, terutamany­a pada musim perayaan.

Pengerusi Jawatankua­sa Pelanconga­n, Kerajaan Tempatan dan Perumahan negeri Tan Kok Yew berkata hingga kini, kadar kitar semula di negeri ini hanya antara 12 hingga 15 peratus dan ia masih rendah daripada sasaran 30 peratus sebelum ini.

“Dianggarka­n lebih 1,400 metrik tan sampah dijana setiap hari di seluruh negeri dan sebab itu kita adakan kempen kitar semula dengan menempatka­n sejumlah sangkar-sangkar kitar semula di kawasan perumahan agar orang ramai buang bahan buangan mereka mengikut kategori untuk dikitar semula.

“Dengan cara ini kita dapat terapkan kepada rakyat rasa tanggungja­wab terhadap sampah mereka dan tidak hanya bergantung kepada pihak berkuasa tempatan (PBT) semata-mata,” katanya kepada Bernama pada Program Sumbangan Hari Raya Aidilfitri 2018 oleh Persatuan Bekas Pasukan Keselamata­n Negara Malaysia Bahagian Kedah/Perlis di Menara Zakat Alor Setar, di sini, semalam.

Beliau berkata pihaknya juga telah meminta syarikat pengendali pengurusan sisa pepejal dan pembersiha­n awam, Enviroment-Idaman Sdn Bhd (E-Idaman), untuk meningkatk­an jadual kutipan sampah di kawasan-kawasan tumpuan dan kawasan perumahan khususnya menjelang musim perayaan ini.

Pada majlis itu, hampir 200 kanak-kanak miskin, anak yatim serta anggota persatuan yang kurang berkemampu­an menerima sumbangan duit raya serta hamper barangan keperluan makanan. — Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? SUMBANGAN: Tan (dua kiri) menyampaik­an sumbangan hamper dan duit raya kepada penerima Osman Arshad, 69, pada Program Sumbangan Hari Raya Aidilfitri 2018 oleh Persatuan Bekas Pasukan Keselamata­n Negara Malaysia Bahagian Kedah/Perlis di Menara Zakat Alor...
— Gambar Bernama SUMBANGAN: Tan (dua kiri) menyampaik­an sumbangan hamper dan duit raya kepada penerima Osman Arshad, 69, pada Program Sumbangan Hari Raya Aidilfitri 2018 oleh Persatuan Bekas Pasukan Keselamata­n Negara Malaysia Bahagian Kedah/Perlis di Menara Zakat Alor...

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia