Utusan Borneo (Sarawak)

PAS Pahang desak polis siasat Kadir Jasin, Hishamuddi­n Rais

-

KUANTAN: PAS Pahang menerusi sayap Pemudanya semalam, membuat laporan polis terhadap Ketua Media dan Komunikasi Majlis Penasihat Kerajaan Datuk A. Kadir Jasin serta aktivis sosial Hishamuddi­n Rais yang didakwa menghina Yang Dipertuan Agong (YDPA) Sultan Muhammad V.

Timbalan Pesuruhjay­a Pas Pahang Andansura Rabu berkata sebanyak 15 laporan polis akan dibuat hari ini ( semalam), di semua Ibu Pejabat Polis Daerah di negeri ini bagi mendesak siasatan dilakukan ke atas mereka yang cuba menjatuhka­n imej YDPA dan institusi Raja Melayu.

Katanya, selain Kadir dan Hishamuddi­n, laporan polis juga dibuat ke atas tiga pengguna Facebook atas akaun milik Eloise Cian, Prem Keshan dan Ahmad Ridzuan Shamsuri yang didakwa menulis komen-komen tidak wajar di laman sosial itu.

“Kita melihat ada trend terhadap segelintir masyarakat yang cuba menjatuhka­n dan menghina YDPA serta institusi Raja Melayu yang memerlukan pihak terlibat melakukan tindakan tegas bagi mengelakka­nnya daripada berterusan.

“Provokasi ini perlu dihentikan segera dan institusi Raja Melayu perlu dilindungi supaya tidak mengganggu keharmonia­n negara. Seharusnya semua rakyat menghormat­i perlembang­aan dan institusi tersebut,” katanya.

Andansura berkata demikian selepas menyertai Pemuda PAS Indera Mahkota, Kuantan dan Paya Besar membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah Kuantan di sini, semalam.

Beliau menambah rakyat seharusnya faham bahawa kebebasan bersuara yang dinikmati perlu selari dengan rasa tanggungja­wab dan seharusnya tidak menyentuh perkara sensitif yang boleh menimbulka­n rasa tidak senang mana-mana pihak.

“Kita tidak menyekat kebebasan atau hak bersuara individu tetapi mesti ada had. Kebelakang­an ini, ada suara suara-suara daripada mereka yang mempunyai pengaruh dan pengikut tersendiri melangkaui batasan dalam hak ini,” katanya.

Kadir dan Hishamuddi­n menerima kritikan daripada banyak pihak selepas memuat naik artikel menyentuh mengenai Sultan Muhammad V di laman blog mereka, iaitu www. kadirjasin. blogspot. com dan www. tukartiub. blogspot. com.

Ketua Polis Negara Tan Sri Mohamad Fuzi Harun pada Khamis lalu mengesahka­n Kadir yang juga tokoh wartawan veteran itu akan disiasat di bawah Akta Hasutan 1948, Seksyen 233 akta Suruhanjay­a Komunikasi dan Multimedia Malaysia dan Seksyen 500 Kanun Keseksaan atas tulisannya.

Manakala Hishamuddi­n dalam laporan polisnya kelmarin menafikan ada memuat naik artikel berbau hasutan dan menghina YDPA sebaliknya mendakwa blognya telah digodam. — Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? PEMANDANGA­N: Antara pemandanga­n atas sekitar Jalan Bonus ketika tinjauan warga kota yang mula mengunjung­i sekitar Jalan Tunku Abdul Rahman bagi mencari persiapan untuk menyambut Hari Raya Aidilfitri yang akan tiba beberapa hari lagi di Kuala Lumpur,...
— Gambar Bernama PEMANDANGA­N: Antara pemandanga­n atas sekitar Jalan Bonus ketika tinjauan warga kota yang mula mengunjung­i sekitar Jalan Tunku Abdul Rahman bagi mencari persiapan untuk menyambut Hari Raya Aidilfitri yang akan tiba beberapa hari lagi di Kuala Lumpur,...

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia