Utusan Borneo (Sarawak)

Kesesakan di ibu kota bukti kemeriahan Aidilfitri

-

KUALA LUMPUR: Peluang cuti hujung minggu semalam dan hari ini digunakan warga kota membuat persiapan terakhir untuk menyambut Aidilfitri yang bakal tiba kurang dari seminggu.

Tinjauan Bernama mendapati laluan utama ke Jalan Tuanku Abdul Rahman (TAR), daerah membeli-belah terkenal di sini, mula dipenuhi kenderaan seawal jam 10 pagi dan terdapat beberapa laluan ditutup serta dilencongk­an untuk memudahkan pejalan kaki membeli-belah.

Pekerja swasta, Faridah Takat, 52, berkata, dia bersama anaknya ke pusat membeli-belah di situ seawal jam 9 pagi untuk mendapatka­n tempat letak kereta supaya memudahkan urusan pembelian.

“Kami datang awal kerana keadaan tidak begitu sesak serta dapat melihat barangan tanpa banyak gangguan.

“Walaupun awal tetapi keadaan tetap sesak dan ini jelas menunjukka­n kemeriahan sambutan Aidilfitri tahun ini,” katanya yang berasal dari Sungai Buloh, Selangor.

Ibu kepada dua anak, Siti Mariam Abdul Rahman, 31, berkata hampir setiap tahun dia bersama keluargany­a mengunjung­i dan membeli persiapan barangan Aidilfitri di beberapa kawasan di ibu kota.

“Setiap kali Ramadan saya akan datang berbuka puasa di rumah kakak di sini dan mengambil peluang untuk membeli-belah di jalan TAR sebab banyak pilihan ditawarkan serta senang cari gaya fesyen terbaharu. Harga barangan juga berpatutan dan berkualiti,” kata anak kelahiran Kelantan itu.

Jalan TAR dan sekitar Jalan Masjid India memang terkenal sebagai lokasi pilihan warga Kuala Lumpur untuk berbelanja sempena menyambut kedatangan Aidilfitri berikutan suasananya yang meriah sehingga lewat pagi.

Sementara itu, peniaga Suraya Hilmi turut berkongsi pengalaman­nya mengenai suasana sambutan Aidilfitri kali ini.

“Setiap tahun suasana di jalan TAR memang meriah. Lebih-lebih lagi dalam jam 10 malam ke atas. Masa itu boleh dikatakan waktu kemuncak kesesakan pengunjung datang membeli-belah,” kata Suraya.

Kebanyakan pengunjung didapati membeli pakaian seperti baju kurung moden, baju melayu, jubah dan kurta. — Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? SUASANA: Antara suasana di pusat beli-belah gedung pakaian ketika tinjauan warga kota yang mula mengunjung­i sekitar Jalan Tunku Abdul Rahman bagi mencari persiapan untuk menyambut Hari Raya Aidilfitri di Kuala Lumpur, semalam.
— Gambar Bernama SUASANA: Antara suasana di pusat beli-belah gedung pakaian ketika tinjauan warga kota yang mula mengunjung­i sekitar Jalan Tunku Abdul Rahman bagi mencari persiapan untuk menyambut Hari Raya Aidilfitri di Kuala Lumpur, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia