Utusan Borneo (Sarawak)

Kedah senaraikan 18 barangan harga kawalan Aidilfitri

-

ALOR SETAR: Sebanyak 18 jenis barang disenaraik­an di bawah Skim Kawalan Harga Musim Perayaan (SKHMP) di Kedah bersempena sambutan Aidilfitri pada 15 Jun depan.

Pengerusi Jawatankua­sa Hal Ehwal Masyarakat India, Perpaduan, Hal Ehwal Pengguna dan Koperasi, R.Summugam berkata skim yang berkuat kuasa semalam sehingga 22 Jun depan itu menyenarai­kan antaranya ayam hidup, daging lembu, telur ayam dan cili merah.

“Barangan lain termasuk bawang, kubis bulat, kelapa dan ikan kembung manakala harga tomato dan bawang putih menurun. Tomato dijual pada harga RM3 sekilogram kali ini berbanding RM4 pada SKHMP tahun lalu selain bawang putih RM8 sekilogram berbanding RM15 tahun lalu.

“Sementara itu, harga ikan selayang dan daging lembu tempatan naik manakala barangan lain masih pada harga yang sama. Harga daging lembu tempatan adalah RM34 sekilogram berbanding RM32 tahun lalu dan ikan selayang pula RM9 berbanding RM8 sebelum ini, “katanya kepada pemberita di sini, semalam.

Terdahulu, Summugam telah merasmikan Skim Kawalan Harga Musim Perayaan di Pasar Besar Alor Setar yang turut dihadiri Pengarah Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) Kedah, Datuk Johari Alifiah dan Pengarah Pejabat Kementeria­n Perdaganga­n Dalam Negeri, Koperasi dan Kepengguna­an (KPDNKK) Kedah Mohamad Fitri Hassan.

Sementara itu, Mohamad Fitri berkata sehingga kini peniaga dilihat akur dengan penetapan harga barangan kawalan sempena SKHMP apabila tiada aduan diterima oleh pihak KPDNKK melalui pemeriksaa­n yang dibuat semalam. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia