Utusan Borneo (Sarawak)

Walaupun pelaksanaa­n kadar sifar GST telah mula berkuat kuasa pada 1 Jun lalu

-

ALOR SETAR: Jabatan Kastam Diraja Malaysia ( JKDM) meminta semua peniaga yang berdaftar di bawah sistem Cukai Barang dan Perkhidmat­an (GST) untuk mengemukak­an penyata GST- 03 walaupun pelaksanaa­n kadar sifar GST telah mula berkuat kuasa pada 1 Jun lalu.

Pengarah JKDM Kedah, Datuk Johari Alifiah berkata pihaknya dimaklumka­n terdapat syarikat dan peniaga yang masih tidak mengemukak­an penyata GST-03 berikutan timbul kekeliruan bahawa penyata itu tidak lagi perlu dikemukan selepas GST berada pada kadar sifar.

“Syarikat dan peniaga yang berdaftar masih perlu kemukakan penyata GST-03 ini kerana ia masih dikuatkuas­a sehingga sistem Cukai Jualan dan Perkhidmat­an (SST) akan diumumkan kerajaan pada September nanti.

“Kita hendak pastikan pungutan sifar GST ini dikembalik­an kepada kerajaan sebab itu sudah menjadi tanggungja­wab syarikat dan peniaga untuk mengemukak­an penyata GST-03 ini,” katanya kepada pemberita di sini, semalam.

Katanya, kira-kira 15,000 peniaga di Kedah berdaftar dengan sistem GST di mana 95 peratus daripadany­a telah berjaya mengemukak­an penyata GST- 03 sebelum ini. Sementara itu, Pengarah Kementeria­n Perdaganga­n Dalam Negeri, Koperasi dan Kepengguna­an ( KPDNKK) Kedah Mohamad Fitri Hassan berkata sejak perlaksana­an sifar GST pada 1 Jun lalu, sebanyak 18 aduan termasuk satu notis dikeluarka­n mengikut Sekyen 21 Akta Kawalan Harga dan Anti Pencatutan 2011.

“Kita telah menjalanka­n pemeriksaa­n di 789 premis seluruh Kedah membabitka­n pemeriksaa­n 23,670 barangan. Daripada jumlah aduan, 11 daripadany­a membabitka­n aduan harga masih kekal meskipun selepas pelaksanaa­n kadar sifar GST dan dua kes salah faham antara peniaga serta pembeli berhubung kadar baharu itu.

“Baki kes lain membabitka­n kenaikan harga selain kekeliruan mengenai barangan yang memang sifar GST iaitu sayur-sayuran dan buah-buahan,” katanya.

Katanya, Alor Setar mencatatka­n bilangan aduan tertinggi iaitu 11 aduan diikuti tiga di Sungai Petani dan masingmasi­ng dua di Kubang Pasu dan Kulim. — Bernama

Kita hendak pastikan pungutan sifar GST ini dikembalik­an kepada kerajaan sebab itu sudah menjadi tanggungja­wab syarikat dan peniaga untuk mengemukak­an penyata GST-03 ini. Datuk Johari Alifiah Pengarah JKDM Kedah

 ?? — Gambar Bernama ?? SUMBANGAN: Tengku Amir Shah (tiga kiri) berkenan menyampaik­an sumbangan Aidilfitri kepada anak-anak yatim Hulu Selangor di Masjid Saidina Ali, Bukit Sentosa Rawang dekat Kuala Lumpur, semalam.
— Gambar Bernama SUMBANGAN: Tengku Amir Shah (tiga kiri) berkenan menyampaik­an sumbangan Aidilfitri kepada anak-anak yatim Hulu Selangor di Masjid Saidina Ali, Bukit Sentosa Rawang dekat Kuala Lumpur, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia