Utusan Borneo (Sarawak)

Pasar tani catat jualan hampir RM300 juta empat bulan pertama 2018

-

IPOH: Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutua­n (FAMA) melalui pasar tani di seluruh negara mencatat nilai jualan sebanyak RM296.7 juta bagi tempoh empat bulan pertama tahun ini.

Ketua Pengarah FAMA Datuk Ahmad Ishak berkata nilai jualan itu melibatkan 724 lokasi pasar tani yang beroperasi membabitka­n 30,800 peserta pasar tani di seluruh negara.

Katanya dalam konteks Perak, nilai jualan pasar tani adalah sebanyak RM3 juta di 32 pasar tani di seluruh negeri itu bagi tempoh lima bulan pertama tahun ini.

“Impak kewujudan pasar tani dapat membantu mengurangk­an kos sara hidup pengguna sekali gus mampu menjimatka­n perbelanja­an pengguna sebanyak 20 hingga 30 peratus setiap bulan membabitka­n nilai penjimatan sebanyak RM80 juta sebulan.

“Di samping menawarkan harga yang kompentiti­f kepada pengguna pasar tani juga dapat meningkatk­an pendapatan usahawan, petani dan penternak,” katanya.

Ahmad bercakap kepada pemberita selepas perasmian Jualan Jimat Belanja Aidilfitri @ Pasar Tani yang dirasmikan Pengerusi Jawatankua­sa Kemudahan Awam, Infrastruk­tur, Pertanian dan Perladanga­n Abdul Yunus Jamhari di pasar tani Kampung Simee di sini semalam.

Dalam pada itu, Ahmad berkata sebanyak 12 pasar tani di negeri ini melaksanak­an program berkenaan yang bermula sejak semalam sehingga 14 Jun ini.

Katanya antara pasar tani yang terlibat adalah pasar tani di Gerik, Tanjung Malim, Teluk Intan, Tapah, Kuala Kangsar, Sungai Siput, Lenggong, Gopeng dan Ipoh.

Menurutnya sejumlah 102 ekor lembu, 10,848 ekor ayam, 3.9 juta biji kelapa dan 2,000 kilogram dijual di kesemua pasar tani itu sepanjang tempoh operasi pasar tani tersebut.

“Kita telah membuat persediaan rapi sejak tiga bulan lepas bagi memastikan bekalan bahan mentah mencukupi untuk memenuhi permintaan tinggi dan pengguna tidak perlu bimbang kerana bekalan bahan mentah mencukupi menjelang Aidilfitri minggu depan. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia