Utusan Borneo (Sarawak)

640 anggota JBPM Terengganu berkhidmat sepanjang Aidilfitri

-

HULU SELANGOR: Raja Muda Selangor Tengku Amir Shah semalam berkenan menyampaik­an sumbangan Aidilfitri kepada 554 anak yatim di sekitar Hulu Selangor, di sini.

Setiap anak yatim menerima RM100 seorang sumbangan tiga syarikat iaitu Pancar Bakti Sdn Bhd (RM50,000), Kumpulan Semesta Sdn Bhd (RM10,000) dan Aiman Platin- ium Sdn Bhd (RM5,000) yang disalurkan melalui Yayasan Islam Darul Ehsan (YIDE).

Ketua Pegawai Eksekutif YIDE Nur Mohd Razali Abdullah berkata pihaknya berterima kasih kepada ketigatiga syarikat atas sumbangan tersebut.

“Tahun 2018, YIDE memperuntu­kkan RM849,200 untuk disalurkan kepada 8,492 anak yatim di seluruh Selangor yang berdaftar dengan YIDE.

“Ini termasuk sumbangan sebanyak RM23,200 yang disalurkan kepada dua rumah anak yatim di bawah seliaan YIDE iaitu Rumah Anak Yatim Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah di Melaka dan Rumah Bakti Dato Harun, di Hulu Kelang, Selangor,” katanya ketika ditemui pada majlis tersebut. — Bernama KUALA TERENGGANU: Seramai 640 anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Terengganu akan bertugas sepanjang musim perayaan Aidilfitri nanti.

Pengarahny­a Azlimim Mat Noor berkata hanya 20 peratus daripada 800 anggota seluruh negeri diberi cuti manakala selebihnya dikerah untuk bersedia menangani sebarang kes kecemasan kebakaran dan kemalangan yang lazimnya sering berlaku pada musim perayaan.

“Untuk menangani kes kemalangan jalan raya, JBPM Terengganu telah memuat aturan iaitu kita menempatka­n dua pasukan penyelamat di Lebuhraya Pantai Timur (LPT) 2.

“Pasukan ini masingmasi­ng seramai 10 anggota ditempatka­n di Tol Ajil dan kawasan Rawat dan Rehat (R&R) Perasing untuk membuat rondaan bagi memberi perkhidmat­an yang cepat dan tepat kepada pengguna LPT2.

“Operasi ini akan dijalankan selama 13 hari bermula semalam dengan tumpuan rondaan pada waktu puncak iaitu antara 10 pagi hingga 12 tengah hari kerana waktu itu sering berlaku kemalangan,” katanya pada sidang media di Balai Bomba Kuala Terengganu malam kelmarin.

Azlimim berkata selain itu, pihaknya juga telah menjalanka­n pemeriksaa­n di 60 premis termasuk restoran, hospital, pasar raya dan tempat perhimpuna­n bagi memastikan mereka mematuhi prosedur serta pencegahan keselamata­n jika berlaku kejadian tidak dingini.

“Dengan cara ini, kita boleh pastikan masyarakat dapat melepaskan diri dengan seberapa segera. Kita juga telah memberikan latihan pelepasan keluar dari tempat awam supaya masyarakat tidak panik dan tahu bagaimana hendak keluar jika berlaku kemalangan. — Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? BERTUGAS: Anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kuala Terengganu memeriksa peralatan untuk tujuan penyelamat bagi memastikan ianya berfungsi dengan baik ketika tinjauan di Balai Bomba dan Penyelamat Kuala Terengganu dekat Kuala...
— Gambar Bernama BERTUGAS: Anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kuala Terengganu memeriksa peralatan untuk tujuan penyelamat bagi memastikan ianya berfungsi dengan baik ketika tinjauan di Balai Bomba dan Penyelamat Kuala Terengganu dekat Kuala...
 ?? — Gambar Bernama ?? APA KHABAR?: Azlimim (dua kanan) beramah mesra dengan anggota JBPM Balai Bomba Kuala Terengganu yang akan bertugas pada Aidilfitri.
— Gambar Bernama APA KHABAR?: Azlimim (dua kanan) beramah mesra dengan anggota JBPM Balai Bomba Kuala Terengganu yang akan bertugas pada Aidilfitri.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia