Utusan Borneo (Sarawak)

Pasar tani bantu rakyat hadapi kos sara hidup: Dr Sahruddin

-

JOHOR BAHRU: Pasar tani memainkan peranan penting dalam membantu rakyat menghadapi kos sara hidup tinggi dengan menawarkan harga barangan keperluan pada harga murah dan berpatutan.

Pengerusi Jawatankua­sa Kesihatan, Alam Sekitar dan Pertanian negeri Dr Sahruddin Jamal berkata setiap barangan yang dijual di pasar tani mempunyai sistem kawalan harga tersendiri yang sentiasa dipantau.

Beliau berkata ini bagi mewujudkan situasi yang men- guntungkan kepada pengguna dan peniaga di mana pengguna dapat membeli barangan pada harga murah manakala peniaga pula meraih untung daripada hasil jualannya.

“Kita telah mengadakan mesyuarat dan perbincang­an dengan beberapa agensi terlibat dalam memastikan bekalan makanan dan keperluan bagi pasar tani sentiasa mencukupi untuk keperluan rakyat,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas melancarka­n Jualan Jimat Belanja Aidilfitri (JJBA) di Pasar Tani Peringkat Negeri Johor anjuran Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutua­n (FAMA) negeri Johor di Pasar Tani Datin Halimah di sini, semalam.

Dr Sahruddin berkata dari Januari hingga Mei tahun ini, kesemua 63 Pasar Tani Johor yang melibatkan 4,048 usahawan terdiri daripada petani, penternak dan pemproses telah pun mencatatka­n nilai jualan RM29.4 juta.

Oleh itu, melalui JJBA yang diadakan hingga 14 Jun ini, beliau berharap peniaga dan pengguna terus mendapat manfaat bersama memandangk­an seramai 475 peniaga dari 15 Pasar Tani Johor dilibatkan.

“Bagi JJBA, kita menyediaka­n bekalan sebanyak 26,000 ayam, 100 lembu, 6,230 kelapa, sembilan tan metrik pelbagai jenis sayur dan 1.5 juta kelapa import (santan) sepanjang tempoh penganjura­nnya,” katanya.

Dalam pada itu, Pengarah FAMA Negeri Johor Zainal Abidin Yang Razali berkata program JJBA sempena Ramadan melibatkan sebanyak 724 Pasar Tani di seluruh negara bagi memberi peluang kepada pengguna mendapatka­n barangan keperluan seperti ayam, daging, sayur-sayuran dan lain-lain dengan potongan harga antara 5 hingga 20 peratus secara terus daripada peniaga.

Bagi keperluan Aidilfitri, beliau berkata FAMA mengimport berapa barangan seperti bawang merah dan bawang putih dengan jaminan harganya dikawal agar tidak membebanka­n pengguna.

“Orang ramai tidak perlu bimbang kerana bekalan ba- han keperluan mencukupi dan harga berpatutan,” katanya.

Beliau juga memberitah­u bahawa peniaga di Pasar Tani Datin Halimah bakal dipindahka­n ke tapak pasar tani kekal bersebelah­an pejabat FAMA Negeri Johor pada Ogos ini.

Tapak baharu itu bernilai RM2.5 juta dan dijangka beroperasi sepenuhnya pada September dengan pengguna dan peniaga ditawarkan ruang parkir lebih selesa, ruang niaga berbumbung, surau dan bermacam-macam lagi, katanya. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia