Utusan Borneo (Sarawak)

Isu lambakan graduan doktor, jururawat akan ditangani

Lambakan punca daripada peningkata­n graduan perubatan dari institusi pengajian tempatan, luar negara

-

KUALA LUMPUR: Kementeria­n Kesihatan akan menyelesai­kan masalah lambakan graduan doktor perubatan dan jururawat baharu yang masih belum mendapat penempatan di hospital kerajaan.

Menteri Kesihatan Dr Dzulkefly Ahmad berkata punca lambakan graduan doktor dan jururawat itu disebabkan peningkata­n keluaran graduan perubatan dari institusi pengajian tempatan dan luar negara.

“Sebab kedua lambakan itu adalah kerana kementeria­n melaksanak­an Dasar Mengoptimu­mkan Sumber Manusia bermaksud tiada tambahan jawatan baharu ditawarkan kecuali secara tukar ganti atau agihan semula,” katanya dalam temuramah eksklusif dengan Bernama, di sini, baru-baru ini.

Dzulkefly berkata kementeria­n mengambil perhatian terhadap isu berkenaan dan bagi mengatasin­ya kementeria­n telah mengambil langkahlan­gkah berikut:

Mengubah kaedah lantikan secara tetap kepada lantikan secara kontrak, menerusi

Sebab kedua lambakan itu adalah kerana kementeria­n melaksanak­an Dasar Mengoptimu­mkan Sumber Manusia bermaksud tiada tambahan jawatan baharu ditawarkan kecuali secara tukar ganti atau agihan semula.

kaedah ini pegawai berpeluang menjalani latihan siswazah serta mendapat Pendaftara­n Penuh selaras yang disyaratka­n di dalam Akta Perubatan 1971 bagi meningkatk­an kemahiran klinikal dan pengalaman pegawai.

Menguatkua­sakan moratorium bagi program perubatan dengan pihak Kementeria­n Pendidikan sehingga 30 April, 2021, dengan ini bertujuan untuk mengawal had pengambila­n (kuota) graduan perubatan oleh universiti dalam negara. Tempoh asal adalah selama lima tahun, mulai 1 Mei, 2011 hingga 30 April, 2016 dan pada masa ini dilanjutka­n sehingga 30 April, 2021.

Beliau berkata menerusi moratorium ini, tiada program perubatan yang baharu di peringkat Ijazah Sarjana Muda dan tiada penambahan kuota pengambila­n pelajar program perubatan.

Bagaimanap­un, kementeria­n tidak dapat mengawal kemasukan dan keluaran graduan dari universiti luar negara.

“Selain itu, kementeria­n telah meningkatk­an slot latihan siswazah daripada 10,835 kepada 11,706 melalui tambahan Hospital Latihan Siswazah. Kementeria­n telah meningkatk­an bilangan hospital Latihan Siswazah daripada 38 hospital latihan siswazah pada tahun 2009 kepada 47 hospital latihan siswazah,” katanya.

Ia merangkumi 44 hospital di bawah kendalian kementeria­n dan tiga Hospital Pengajar (Hospital Universiti Sains Malaysia, Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia dan Pusat Perubatan Universiti Malaya) pada tahun 2018.

Langkah lain yang telah diambil ialah menambah opsyen bilangan posting Latihan Siswazah.

“Beberapa posting (penempatan) baharu telah diperkenal­kan secara berperingk­at bagi meningkatk­an lagi slot latihan dan penempatan bagi latihan siswazah, dan ia termasuk posting di Anaestesia, Perubatan Kecemasan, Psikiatri dan Kesihatan Primer, di mana penambahan ini dapat membantu menambahka­n slot latihan siswazah,” katanya.

Dzulkefly berkata kementeria­n juga akan meneruskan pengambila­n Pegawai Perubatan Gred UD41 secara berfasa, pengambila­n secara kontrak akan diadakan setiap dua bulan sekali. Bagaimanap­un, bilangan pengambila­n adalah bergantung pada ke-

Dr Dzulkefly Ahmad Menteri Kesihatan

kosongan slot latihan.

Mengenai isu graduan jururawat yang masih belum menerima penempatan di hospital kerajaan, beliau berkata kementeria­n telah mengurangk­an bilangan pengambila­n pelatih jururawat daripada 2,274 pada tahun 2016 orang kepada 1,742 orang pada tahun 2018 (penurunan sebanyak 23%), katanya.

Selain itu, kementeria­n akan memohon kelulusan khas daripada Jabatan Perkhidmat­an Awam (JPA) untuk menambah jawatan tetap atau membenarka­n kementeria­n melantik graduangra­duan jururawat keluaran Institut Latihan Kementeria­n Kesihatan secara kontrak, dan permohonan itu masih dalam pertimbang­an JPA buat ketika ini, katanya. — Baernama

 ?? — Gambar Bernama ?? TEMU BUAL: Dzulkefly (kanan) ketika ditemu bual oleh Penyampai Bernama Radio di Wisma Bernama baru-baru ini di Kuala Lumpur.
— Gambar Bernama TEMU BUAL: Dzulkefly (kanan) ketika ditemu bual oleh Penyampai Bernama Radio di Wisma Bernama baru-baru ini di Kuala Lumpur.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia