Utusan Borneo (Sarawak)

Kerajaan akan lakukan semakan isu pencemaran jejaskan nelayan: Salahuddin

-

PONTIAN: Kerajaan akan melakukan semakan semula terhadap status dan tahap isu pencemaran yang dihadapi nelayan pada masa ini bagi menentukan kadar bantuan yang perlu disalurkan kepada golongan itu bagi meneruskan kelangsung­an hidup.

Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Salahuddin Ayub berkata kadar bantuan ini merangkumi kos sara hidup, geran dan pelbagai bantuan bermusim memandangk­an ramai nelayan kehilangan punca pendapatan akhir-akhir ini akibat pencemaran dari projek tertentu antaranya penambakan benteng pemecah ombak di Mukim Serkat di sini.

“Semakan ini bukan untuk hapuskan (bantuan) tetapi tentang status tahap pencemaran dan berapa jumlah bantuan yang perlu diberikan. Lebih penting saya akan pastikan data-data itu adalah sahih dan bukan data yang dimanipula­si atas sebab politik.

“Semakan juga melibatkan pelbagai pihak khususnya di peringkat Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM), Jabatan Pertanian serta ketua kampung bagi memastikan setiap bantuan disalurkan sampai kepada golongan sasar,” katanya dalam sidang media selepas membuat lawatan dan sumbangan kepada pesakit di wad kanak-kanak Hospital Pontian semalam.

Beliau ditanya mengenai permintaan pampasan oleh nelayan- nelayan Mukim Serkat yang terjejas akibat projek penambakan benteng pemecah ombak.

Salahuddin berkata pihaknya akan mengadakan sesi dia- log bersama golongan itu selepas perayaan Aidilfitri bagi mendapatka­n maklum balas mengenai isu terbabit dan isuisu lain yang dikirakan perlu diselesaik­an segera.

Mengulas mengenai perkembang­an projek ternakan Johor sebagai pengeluar lembu daging terbesar negara, Ahli Parlimen Pulai itu berkata pihaknya sedang menyiapkan kertas kerja yang dijangka selesai dalam tempoh dua bulan.

“Ketua Setiausaha kementeria­n dan pegawainya sedang menyediaka­n kertas kerja itu dan setelah siap ia akan dikemukaka­n kepada Kabinet dan sekiranya diterima, kita akan melancarka­nnya,” kata beliau. — Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? SUMBANGAN: Salahuddin (tiga kanan) bersama isterinya Fatimah (kanan) beramah mesra bersama pesakit kanak-kanak Mohd Iman Azrif (kiri) yang demam panas serta datuknya Mohd Salleh Hafidzuddi­n (dua kiri) ketika melawat dan memberi sumbangan kepada...
— Gambar Bernama SUMBANGAN: Salahuddin (tiga kanan) bersama isterinya Fatimah (kanan) beramah mesra bersama pesakit kanak-kanak Mohd Iman Azrif (kiri) yang demam panas serta datuknya Mohd Salleh Hafidzuddi­n (dua kiri) ketika melawat dan memberi sumbangan kepada...

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia