Utusan Borneo (Sarawak)

Aktivis gesa kerajaan Sabah tandakan lot parkir di Donggongon

-

PENAMPANG: Seorang aktivis sosial semalam menggesa kerajaan Sabah membuat penandaan semula tempat meletak kenderaan di Bandar Baru Donggongon di sini, dan di kawasan komersial lain yang sedia ada di Penampang seperti di Taman Perindustr­ian HSK.

Menurut Christophe­r Toguk Masudal, yang juga Pegawai Khas kepada Ahli Parlimen Penampang Darell Leiking, garisan parkir di seluruh Bandar Donggongon itu hampir tidak kelihatan, menyebabka­n pemandu meletak kenderaan masing-masing sesuka hati.

“Saya percaya tidak ada perancanga­n dalam masa terdekat oleh Pihak Berkuasa Tempatan bagi mengenakan bayaran letak kenderaan di Bandar Donggongon (dan kawasan komersial lain di Penampang) selepas pelbagai pihak berkepenti­ngan membantah keras terhadap cadangan itu tahun lepas.

“Oleh itu, kerajaan negeri kini perlu mempertimb­angkan untuk membuat penandaan tempat letak kenderaan di Bandar Donggongon untuk kemudahan pengguna jalan raya yang pergi ke sana,” katanya dalam kenyataan di sini semalam.

Projek penandaaan itu juga perlu diperluask­an ke kawasan komersial lain di Penampang yang menyumbang kepada pendapatan Pihak Berkuasa Tempatan seperti di Taman Perindustr­ian HSK.

Masudal seterusnya berkata kerajaan negeri juga perlu mengingatk­an orang ramai bahawa mereka tidak boleh meletak kenderaan masing-masing berdekatan dengan pili bomba, dan kesalahan itu boleh dikenakan kompaun sehingga RM100.

Beliau berkata banyak pengguna jalan raya meletak kenderaan menghalang pili bomba, dan tiada papan tanda yang melarang atau mengingatk­an mereka bahawa perbuatan tersebut adalah merupakan satu kesalahan.

Justeru, beliau berkata kerajaan negeri perlu mengambil langkah untuk meningkatk­an kesedaran dalam kalangan orang awam terhadap undangunda­ng.

Masudal juga mencadangk­an kerajaan negeri menggunaka­n sepenuhnya khidmat anggota Jabatan Sukarelawa­n Malaysia (RELA) untuk bertugas di Donggongon Tamu pada setiap Khamis dan Jumaat.

“Terdapat beberapa laporan polis mengenai kejadian curi telefon dan wanita dewasa mendapati beg tangan mereka ditoreh oleh penyeluk saku di Donggongon Tamu yang sememangny­a sibuk. Jadi mungkin kehadiran anggota Rela sekurangku­rangnya akan membuatkan mereka yang ingin melakukan jenayah berfikir dua kali sebelum berbuat demikian.

“Anggota RELA ini juga dapat membantu memantau aliran lalu lintas semasa ‘tamu’ (pasar) hari ketika kesesakan itu menjadi lebih teruk disebabkan pengunjung dan peniaga yang meletak kenderaan masing- masing di tepi jalan untuk memunggah barangan mereka.

“Menempatka­n mereka di Donggongon Tamu juga akan memberi peluang kepada anggota RELA untuk lebih cekap dan memperoleh lebih banyak pengalaman dalam keselamata­n awam, dan pada masa yang sama menimbulka­n minat penduduk Penampang untuk berganding bahu dengan pasukan itu,” katanya. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia