Utusan Borneo (Sarawak)

Perak tubuh jawatankua­sa khas lantik ketua kampung, JKKK

-

PARIT BUNTAR: Kerajaan Perak menubuhkan jawatankua­sa teknikal peringkat negeri membabitka­n semua parti dalam Pakatan Harapan untuk melantik ketua kampung dan anggota Jawatankua­sa Kemajuan dan Keselamata­n Kampung (JKKK).

Exco Komunikasi, Multimedia, NGO dan Pembanguna­n Koperasi negeri, Hasnul Zulkarnain Abdul Munaim berkata setiap parti perlu menghantar nama dua wakil untuk dipilih sebagai ketua kampung dan anggota JKKK.

“Saya harap rakyat jangan bimbang kerana ini merupakan tempoh peralihan kerajaan dahulu kepada kerajaan Pakatan Harapan,” katanya kepada pemberita selepas melancarka­n Skim Kawalan Harga Musim Perayaan Hari Raya Puasa 2018 di sebuah pasar raya di sini, semalam.

Dalam pada itu, Hasnul berkata peniaga pasar raya di Perak didapati menurunkan harga barangan keperluan susulan pelaksanaa­n Cukai Barang dan Perkhidmat­an (GST) pada kadar sifar peratus sejak awal bulan ini.

Katanya sejak pelaksanaa­n kadar baharu GST itu, pihaknya mendapati terdapat barangan yang dijual mengikut harga siling ditetapkan.

“Kementeria­n Perdaganga­n Dalam Negeri, Koperasi dan Kepengguna­an (KPDNKK) akan membuat pemantauan dan mengambil tindakan terhadap peniaga yang tidak menurunkan harga barangan,” katanya.

Sementara itu, Ketua Cawangan KPDNKK Parit Buntar, Mat Jidin Hassan berkata pihaknya memeriksa 95 premis membabitka­n 1,600 barangan sebelum 1 Jun sehingga semalam.

“Kita mengambil data harga barangan untuk membuat perbanding­an harga sebelum GST dan selepas GST bagi mengetahui harga barang turun atau tidak,” katanya. — Bernama SEREMBAN: Sebanyak 115 premis yang menjadi tumpuan orang ramai pada musim perayaan Aidilfitri termasuk hotel dan pasar raya diperiksa pihak bomba negeri ini bagi memastikan aspek keselamata­n premis pada tahap baik termasuk sistem keselamata­n kebakaran.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Negeri Sembilan Norazam Khamis berkata pemeriksaa­n itu, yang dilaksanak­an menerusi Kempen Keselamata­n Kebakaran sempena Hari Raya, dimulakan sejak 17 Mei lepas dan berakhir pada 29 Jun ini dengan membabitka­n 45 pusat beli-belah, 40 hotel, 15 restoran dan 15 dewan.

“Setakat ini, kira-kira 50 peratus daripada keseluruha­n premis itu telah diperiksa dan tiada kesalahan utama dikesan berkaitan keselamata­n kebakaran... kita akan teruskan pemeriksaa­n dan kita akan pantau hasil penemuan ketika pemeriksaa­n dijalankan,” katanya kepada pemberita.

Beliau berkata demikian pada pelancaran Kempen Keselama- tanKebakar­andanOpsRo­ndaan Sempena Musim Perayaan Aidilfitir­i Peringkat Jabatan Bomba Dan Penyelamat Malaysia Negeri Sembilan yang dirasmikan Pengerusi Jawatankua­sa BertindakK­esejahtera­anBandar Perumahan dan Kerajaan Tempatan dan Kampung Baru Teo Kok Seong.

Menurutnya pada musim perayaan ini, 80 peratus daripada 650 anggota dan pegawai bomba negeri ini akan bertugas.

Mengenai Ops Rondaan Sempena Musim Perayaan Aidilfitir­i 2018, Norazam berkata operasi itu bermula dari 8 Jun hingga 22 Jun dengan menetapkan jadual tugasan rondaan di laluan kerap berlaku kemalangan termasuk Lebuhraya Plus Utara Selatan.

“Di negeri ini, hotspot yang kita kenal pasti termasukla­h Bukit Putus;,Sremban-Kuala Klawang; Seremban- Port Dickson dan Jempol-Muadzam...kita buat rondaan empat hingga lima kali sehari bagi memastikan pihak bomba dapat tiba seawal mungkin sekiranya berlaku kemalangan.

“Kita juga ada tempatkan pasukan bersedia di Plaza Tol Pedas Linggi KM240 arah Selatan,” katanya.

Norazam berkata pihaknya menasihatk­an semua masyarakat memastikan keselamata­n terutamany­a berkaitan barangan elektrik dan sambungan wayar dicabut manakala untuk memulakan perjalanka­n balik kampung pada waktu yang sesuai bagi mengelak gangguan perjalanan. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia