Utusan Borneo (Sarawak)

Ini kerana peruntukan itu tidak dimasukkan dalam Bajet 2018

-

KUALA LUMPUR: Bayaran Khas Aidilfitri kepada penjawat awam yang diumumkan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad perlu mendapat kelulusan peruntukan tambahan pada sidang parlimen, Julai ini kerana peruntukan itu tidak dimasukkan dalam Bajet 2018.

Kementeria­n Kewangan berkata peruntukan yang diumumkan bekas perdana menteri Datuk Seri Najib Tun Razak sebelum ini adalah sekadar pengumuman semata-mata.

“Ada pihak berpendapa­t bahawa peruntukan permohonan tambahan telah disediakan dalam Bajet 2018 kerana bekas Perdana Menteri telah mengumumka­n bayaran khas sebanyak RM1,500 kepada semua penjawat awam dalam Ucapan Bajet 2018 tahun lalu pada 27 Oktober 2017.

“Tetapi sebenarnya, peruntukan bagi pengumuman bayaran tersebut tidak disediakan dalam Bajet 2018. Perkara ini telah disahkan oleh Pejabat Akauntan Ne- gara,” menurut kenyataan itu semalam.

Surat Pekeliling Akauntan Negara Malaysia (SPANM) Bilangan 5 Tahun 2017 yang berkaitan perkara tersebut telah dibatalkan dan diganti dengan SPANM Bilangan 1 Tahun 2018.

Akauntan Negara Datuk Saat Esa juga mengesahka­n bahawa peruntukan tersebut perlu diluluskan dalam sidang Parlimen pada Julai 2018 ini sebagai Rang Undang-Undang Perbekalan Tambahan 2018.

Pada 30 Mei lepas, Dr Mahathir mengumumka­n bantuan khas perayaan berjumlah RM400 bagi kakitangan awam Gred 41 ke bawah dan RM200 untuk pesara kerajaan.

Menteri Kewangan Lim Guan Eng kemudianny­a memaklumka­n bantuan itu melibatkan peruntukan sebanyak RM700 juta yang akan dibentang menerusi Rang UndangUnda­ng (RUU) Perbekalan Tambahan pada sidang Parlimen Julai ini. — Bernama

Tetapi sebenarnya, peruntukan bagi pengumuman bayaran tersebut tidak disediakan dalam Bajet 2018. Perkara ini telah disahkan oleh Pejabat Akauntan Negara. Kementeria­n Kewangan

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia