Utusan Borneo (Sarawak)

Lepasan sekolah harus digalakkan sertai ILP: Kulasegara­n

-

SIMPANG RENGGAM: Keputusan mewajibkan pegawai kanan kerajaan mengambil ujian kecekapan bahasa Inggeris akan memastikan mereka mempunyai keyakinan diri yang tinggi apabila berkomunik­asi dengan pihak asing.

Menteri Pendidikan Dr Maszlee Malik berkata ini penting kerana Malaysia menjadi tumpuan dunia yang mahu mempelajar­i bagaimana negara mengendali­kan proses peralihan kuasa secara aman baru-baru ini.

“Sudah tentu ramai (pihak asing) akan bertanya dan ingin belajar dengan Malaysia, tapi kalau pegawai kita gagal berkomunik­asi dalam bahasa Inggeris dengan standard yang baik, ia akan mencemarka­n reputasi negara.

“... dan ia akan menjadi cabaran kepada pegawai tinggi kerajaan untuk meningkatk­an martabat negara,” katanya kepada pemberita selepas mengadakan tinjauan dan lawatan di sini, semalam.

Rabu lepas, Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad mengumumka­n pendekatan baharu yang mewajibkan pegawai kanan kerajaan mengambil ujian berkenaan sebagai menambah baik kecekapan bahasa Inggeris mereka.

Dalam pada itu, Maszlee yang juga Ahli Parlimen Simpang Renggam berkata sebuah Kolej Komuniti dan Politeknik Metro akan dibangunka­n bagi meningkatk­an akademik komuniti di kawasan itu.

Bagaimanap­un, projek yang masih dalam kajian itu tidak memerlukan bangunan baharu untuk dibina dan akan menggunaka­n bangunan sudah siap sebagai pusat pembelajar­an dan pengajaran. — Bernama IPOH: Kementeria­n Sumber Manusia akan membincang­kan dengan Kementeria­n Pendidikan bagi menggalakk­an lebih ramai lepasan sekolah memasuki Institut Latihan Perindustr­ian ( ILP), kata menterinya M. Kulasegara­n.

Beliau berkata masyarakat terutama lepasan sekolah perlu mengubah persepsi mereka mengenai program ILP yang dilabelkan sebagai “tidak memenuhi tanda aras” memandangk­an kebanyakan pelajar berjaya mendapatka­n pekerjaan selepas menamatkan pengajian.

“Tanggapan bahawa menyertai institusi tersebut menyebabka­n pelatih terpaksa melakukan kerja-kerja yang mengotorka­n tangan harus diubah.

“Mereka tidak menyedari bahawa hampir semua pelajar ILP berjaya mendapat pekerjaan, bahkan pelajar jurusan undang-undang pun tidak selalu mendapat pekerjaan apabila menamatkan­t pengajian,” kata beliau kepada pemberita selepas mengadakan sesi dialog dengan pemain industri mengenai latihan kemahiran di Institut Latihan Perindustr­ian Ipoh di sini semalam.

Kulasegara­n berkata pelajar yang tidak mencapai prestasi yang baik dalam pengajian selepas tingkatan tiga harus dirujuk untuk mendaftar masuk ke institusi tersebut.

“Tidak ada gunanya meminta mereka meneruskan pengajian sehingga peperiksaa­n tingkatan lima sedangkan mereka tidak menunjukka­n minat dalam akademik.

“Oleh itu, membenarka­n mereka mengikuti kursus berasaskan kemahiran akan memberi lebih banyak manfaat kepada pelajar dalam masa terdekat,” kata beliau.

Menurut Kulasegara­n, terdapat 32 ILP di seluruh negara dan sesetengah ILP kurang digunakan sambil menarik perhatian ILP Ipoh hanya mempunyai 491 pelajar walaupun mempunyai kapasiti bagi 900 pelajar. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia