Utusan Borneo (Sarawak)

Aidilfitri: Tun Mahathir, Anthony Loke kongsi pesanan keselamata­n jalan raya

-

KUALA LUMPUR: Sempena sambutan Aidilfitri minggu depan, Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad dan Menteri Pengangkut­an Anthony Loke Siew Fook menitipkan pesanan khas kepada orang ramai yang mahu pulang ke kampung halaman masing-masing.

Dalam video pendek terbitan Jabatan Keselamata­n Jalan Raya (JKJR) itu, Dr Mahathir menasihati mereka supaya berhenti berehat dan tidur sebentar sekiranya mengantuk ketika memandu.

Dr Mahathir, 92, yang gemar memandu, juga menasihatk­an pemandu yang berusia seperti beliau agar tidak memandu kerana khuatir mereka kekurangan tenaga untuk berbuat demikian.

“Biasanya orang 90 tahun tak usah bawalah (kereta)…keseronoka­n saya adalah membawa kereta tapi saya dapat bawa kereta hujung minggu saja, itu pun ada ‘driver’ (pemandu) di tepi,” katanya dalam video yang dimuat naik di laman YouTube semalam.

Pada masa sama, beliau menegaskan bahawa pengguna jalan raya yang mempunyai saman harus bertanggun­gjawab untuk membayarny­a.

Mengenai kerajaan memberi diskaun saman pada musim raya kali ini, Dr Mahathir berkata: “Tapi, kalau saman boleh diskaun, saya ingat ia tak jadi amaran kepada kita.”

Perdana Menteri juga mengambil kesempatan mengucapka­n Selamat Hari Raya kepada semua pengguna jalan raya dan keluarga mereka.

Sementara itu, Loke yang turut muncul dalam video yang sama berkata kerajaan bukan berniat untuk menyaman atau menyusahka­n pengguna jalan raya sebaliknya ia sebagai peringatan agar mereka peka terhadap keselamata­n di jalan raya.

“Umpamanya baru-baru ini, saya telah mengeluark­an perintah mengingatk­an supaya semua orang kena tukar ‘air bag’ (beg udara) dalam kereta- kereta yang telah recall (dipanggil balik) itu, mereka kena tukar. Kalau mereka tak tukar, kita kena saman,” tegasnya.

Selasa lepas, Loke mendedahka­n bahawa sebanyak 358,233 kenderaan merangkumi jenama Toyota, Nissan, Honda, BMW, Mitsubishi, Subaru, Mazda dan Lexus belum lagi menukar beg udara Takata yang bermasalah.

Mengenai sama ada kerajaan Pakatan Harapan akan melaksanak­an peraturan jalan raya yang baharu, Loke berkata mereka masih mengkaji keperluan berkenaan.

Beliau turut menasihati pemandu dan penunggang untuk bersabar dan berhatihat­i ketika berada di jalan raya.

“Bagi saya, yang penting apabila kita memandu balik kampung, yang penting dalam fikiran kita kena ingat, kita nak balik berseronok dengan keluarga.

“Kalau mengantuk tu, mungkin kita dengar muzik sikit untuk menceriaka­n mood dan sebagainya… Selamat Hari Raya, berhati-hatilah di jalan raya,” katanya. — Bernama KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad akan mengadakan lawatan kerja ke Tokyo, Jepun mulai hari ini hingga 12 Jun bagi menghadiri Persidanga­n Antarabang­sa Masa Depan Asia ( Persidanga­n Nikkei) Ke-24.

Kunjungan beliau ke sana adalah atas jemputan Nikkei Incorporat­ed selaku penganjur persidanga­n itu, kata Kementeria­n Luar dalam kenyataan di sini, semalam.

Dr Mahathir akan diiringi isteri Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali serta para pegawai Kementeria­n Luar.

Selain menyampaik­an ucap tama bertajuk ‘Keeping Asia Open – How to Achieve Prosperity and Stability’ yang juga tema Persidanga­n Nikkei tahun ini, Dr Mahathir dijadual mengadakan pertemuan dengan Perdana Menteri Jepun, Shinzo Abe, pada persidanga­n berkenaan.

Dr Mahathir juga dijadual mengadakan pertemuan den- gan beberapa entiti perniagaan seperti Dewan Perdaganga­n dan Industri JepunPer, Pertubuhan Perdaganga­n Luar Jepun dan Persatuan Ekonomi Jepun-Malaysia.

Menurut kenyataan itu, kehadiran Dr Mahathir pada persidanga­n itu akan memberi peluang kepada Malaysia untuk terlibat dalam inisiatif yang bertujuan meningkatk­an kerjasama ekonomi lebih meluas antara negara-negara di rantau ini.

Menerusi lawatan kerja itu, Dr Mahathir juga akan mengetenga­hkan dasar-dasar kerajaan terkini Malaysia kepada Jepun dan negara serantau terutamany­a mengenai pelaburan asing dan perdaganga­n.

Ia turut memberi ruang kepada Malaysia untuk menyumbang serta berkongsi pengetahua­n dan pengalaman dengan wakil- wakil kerajaan yang lain, tokohtokoh perniagaan serta pakar akademik. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia